Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Monday, December 14, 2009

MY LIL' COTTAGE



SALAM SEMUA..Jemputlah singgah dan jalan-jalan kat SOFEA's LIL' COTTAGE....


Untuk area ruang makan dan ruang menonton, saya pilih tema warna yang cerah sikit. Begitu juga di bahagian tangga kerana kat situ kurang sedikit cahaya yang memasukinya.





 
Ini pulak adalah bahagian kat tepi tangga. Pintu tu adalah laluan masuk ke stor. Untuk menambahkan seri pintu tu, saya lekatkan 4 keping 'mirror tiles'. Cermin tu kemudiannya saya lukis sendiri menggunakan teknik 'glass painting'. So dapatlah jimatkan duit sedikit.


 
Untuk Stripe pada dinding tangga (oren-vanilla) dan stripe pada tepi ruang makan (skyblue-white) tu, itu dihasilkan dengan menggunakan cat dan masking tape. So tak perlu lah penat-penat nak lekatkan wallpaper.Lagi pulak ianya juga menjimatkan...
 

Untuk sudut kat ruang tamu ni, saya terapkan semua tema putih untuk perabut supaya nampaklah sikit konsep gaya inggeris tu kan....Sepasang kerusi yang kat sudut tu, adalah kerusi meja makan lama dari kayu getah. So, untuk berikan ianya 'the new look', jadi saya catkan kerusi tu dengan warna putih dan diletakkan pula sepasang kusyen (chair pad) di atasnya.

Ni pulak adalah bench yang memisahkan antara ruang menonton dan ruang makan.Saja saya letakkan serong kat situ supaya nampaklah bordernya sikit antara dua ruang tu. Meja dan bench tu pun saya catkan putih; asalnya dulu kedua-dua tu warnanya oak (coklat).

 

Untuk bahagian entrance, saya cuma catkan pintu utama tu dengan warna putih sahaja. Pada permukaan pintu tersebut saya gantungkan 'pink flower wreath' serta resin plak 'WELCOME'. Almari yang di sudut tu, saya tak catkan putih. Ini adalah untuk memberikan keseimbangan antara warna kayu dan putih pada perabut-perabut katt rumah ni.




Kerusi (sofa) biru tu, asalnya jiran sebelah rumah nak buang. Bila saya tanya samada tuan rumah nak jual tak sofa tu, dia terus bagi FREE je. Setelah di refurnished last three years, maka terhasillah sofa biru two and the half seater tu.


Berikut adalah satu lagi almari yang dah dimakeoverkan. Ianya adalah almari baju untuk anak-anak semasa mereka belum bersekolah lagi dulu.Asalnya kat pintu almari tu adalah gambar mickey mouse. Oleh kerana pintu di sebelah kiri tu dah rosak, maka saya buangkannya dan dibiarkan tanpa pintu. Lepas di 'sand-paper' kan dan dicat putih, saya tampalkan motif teapots-cup and saucers pada bahagian atas dan bawah pintu almari (yang masih ada tu).

Wallpaper untuk kedua-dua ruang tu, mengambil masa selama dua minggu untuk menyiapkannya. Maklumlah buat sendiri.Cuma part yang tinggi tu, terpaksalah mintak tolong hubby tolong tampalkan. Tak larat jugak sebenarnya; terpaksa mendongak berjam-jam nak lekatkan bahagian yang tinggi tu.Sampai pening kepala dan sakit tengkuk dibuatnya. Tapi apa-apa pun lepas melihatkan hasilnya..hilang segala penat dan lelah.

Rasanya cukup sampai di sini dulu. Insyaallah, kita jumpa lagi nanti. Harapan saya semoga apa-apa yang dipaparkan di sini, dapat sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada rakan-rakan semua. Bye!








No comments:

Post a Comment