Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Wednesday, December 30, 2009

FAUX CAKE: TEMPAHAN KEK DAN KIT

ASSALAMUALAIKUM semua. Untuk N3 kali ni, just nak uploadkan gambar full cake yang ditempah oleh angah. Baru je sempat disiapkan dua hari yang lepas. Jom kita lihat hasilnya...


#PW2
6 inch Faux Pink Cherry Cake


Yang kat tengah tu, adalah taburan 'kacang tumbuk'


Semua ni adalah gambar-gambar, semasa kek tu baru je siap dibuat. So, sori ye kalau ada bahagian-bahagian (khususnya kat pelapik kek tu..) yang nampak `comot' tu.

Pink is sweet...
Merah jambu itu memang menawankan?

Faux cake ni sangat sesuai dijadikan sebagai `center piece' di atas meja, almari buffet ataupun di atas meja sisi. Ia merupakan kek yang berukuran 6 inci (diameternya), dengan  buah ceri yang ranum disusun disekeliling kek. Hiasan renda-renda krim putih di atas dan disekeliling kek menambahkan lagi seri kek.

Di tengahnya pula disapukan dengan satu bulatan krim putih yang di atasnya ditaburkan dengan `kacang tumbuk kasar". Begitu menyelerakan...

Ia boleh dijadikan satu lagi 'romantic decorative items' di mana-mana ruang di kediaman anda. Sangat sesuai untuk menambah seri kediaman bagi anda yang memang gemarkan gaya Inggeris. Tak kiralah samada ianya bergaya Chic, Victorian, Shabby Cottage, ataupun French Country.

Walau bagaimanapun, ia hanyalah sesuai sebagai hiasan sahaja.
TIDAK BOLEH DIMAKAN. JAUHKAN DARI KANAK-KANAK.

JIka ada sesiapa di luar sana tu yang teringin untuk membuat tempahan, bolehlah sms terus ke handphone saya ataupun email ke war2ummi@gmail.com


TEMPAHAN FAUX CAKE DIY KIT 

Ini pula adalah tempahan untuk faux cake DIY Kit. Pelanggan ni dari Manjung.Baru je sms semalam untuk buat tempahan. Alhamdulillah, baru je pos petang tadi. Terima kasih...



Buat Ana yang kat Taiping tu, barang-barang dah sampaikan? Kalau ada nak tambah lagi, sms kat akak ye?Terima kasih....

OK lah untuk kali ini. "HAPPY SURFING".....



Saturday, December 26, 2009

MY FIRST FULL FAUX CAKE

Assalamualaikum semua. Ini jugak masih tentang faux cake lagi. Dah lama dah tak buat faux cake. So, apalagi dua hari yang lepas saya buatkan full cake. Ini memandangkan masih ada lagi baki krim dari kelas yang lalu dan ade pulak sedikit masa terluang. Saya mula jam 1230 malam dan selesai semuanya jam 2 pagi.

Lepas dah siap semuanya, datang anak yang paling kecil (7 tahun),"Sedapnya ummi...kalau boleh makan kan best.Ummi! Ummi buatlah kek betul; Jaid nak makan...". Kesiannya anakku ni. So, tadi masa singgah ke Suesafia Yard Sale, round punya round, terpandanglah susunan cupcake box yang cantik-cantik tu. Berkali-kali saya membelek kek-kek yang dalam box tu. Bukan apa just nak makesure yang kek-kek tu memang the real one!Dalam hati terus berkata-kata, ni kek betul ke? Kalau nak kata kek batu cupcakes tu look so creamy and yummy.

So, saya bertanyakan  kepada Sue untuk mendapatkan kepastian. Bila Sue kata ianya kek betul, apalagi saya pun teruslah membeli. Bukan sekotak tapi dua khas untuk anak-anak tersayang yang kat rumah tu.

Tentu dah penat melayani celoteh saya kat sini.Jom, kita jalan-jalan pulak melihat hasil kerjatangan saya yang tak seberapa ni.....


Petite Pink Cherry cake


Kalau kek ni boleh dimakan, tentu sedap ye diminum bersama secawan teh!




Chocolate-mocha cake

Ok lah untuk kali ini. Jumpa lagi....

KELAS FAUX CAKE KALI KE-3

Salam semua. Dido`akan rakan-rakan semua sihat-sihat selalu, hendaknya.Untuk N3 kali ni nak cerita  tentang faux cake lagi. Petang tadi adalah kali ke-3 kelas faux cake diadakan. Alhamdulillah..dalam saya kalut-kalut tadi berjaya jugak adakan kelas hari ni seperti yang dijanjikan. Terima kasih Kathy....

Berikut adalah hasilnya...

Macam biasa, masih dengan tema pink-putih...




Cupcake dan Sliced Faux Cake yang dihasilkan oleh Kathy


Kathy, anda memang berbakat...
Barang-barang untuk buat kek pun dah dibelikan? So, "SELAMAT MENCUBA"...


Ini pulak adalah semua staff saya. Kebetulan ade sikit lagi baki krim semasa kelas tadi, jadi saya berilah peluang kat staff saya ni untuk mencuba bagaimana nak buat kek ni...


Menyiapkan kek dengan tekunnya...


Komen mereka:"Kak shida nampak macam senang nak membuatnya tapi susah jugak ye?Krim nya likatlah tak macam krim kek icing yang kita makan tu"


Finally......

"HAPPY CRAFTING"


Wednesday, December 23, 2009

KELAS FAUX CAKE


ASSALAMUALAIKUM semua. Kepada rakan-rakan di luar sana tu, jika berminat untuk belajar kaedah membuat `FAUX CAKE" (kek hiasan), SOFFEA`s LIL COTTAGE ada menganjurkannya.


KELAS FAUX CAKE

Jangka masa :      2 jam 30 minit (satu cupcake dan satu sliced cake)
       Bayaran :      RM60
        Tempat :      Farmasi MedicPoint,
                           29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B,
                           9/B, 40100 SHAH ALAM,
                           Selangor Darul Ehsan.
              Tel. :      03-55194416         Hp:     0193106825
           Masa  :     Melalui temujanji (Dibuat secara individu atau berkumpulan, max. 4 orang)

***Semua bahan-bahan disediakan oleh SOFFEA`s LIL COTTAGE
***Nota untuk kaedah membuat faux cake juga diberikan percuma
***Hasil kraf boleh dibawa pulang




FRAME-CUPCAKE DISPLAY FRAME/ LITTLE TEDDY PHOTO FRAME

SAlam semua. Dah seminggu jugak tak update N3. Rindu jugak nak ziarah kat blog kawan-kawan...So hari ni nak ceria sedikit tentang frame-frame yang dah di makeoverkan dua minggu lepas. Jom, mari sama-sama kita tengok hasilnya....

Asalnya frame tu warna kayu. Dah lama sangat dah frame tu. Rasanya 5 tahun yang lepas beli kat car boot sale (barangan terpakai). Ini setelah dicatkan putih
Lepas dah kering cat tu, saya susunkan tiny cupcakes dan mini donuts ...
Yang ni, saya letakkan frame tu di atas `frame stand' yang dibeli kat IKEA beberapa tahun lepas. Masa tu, frame tu digunakan untuk mengajar `glass painting,.

Ini pulak adalah frame dari IKEA jugak. Setelah disembur dengan cat  putih, dilekatkan manik-manik putih, riben pink  dan a cute little teddy...hasilnya....



Cute tak? So kalau ade frame-frame yang lama tu janganlah dibuang ye? Buatlah apa yang patut sehingga terhasilnya satu produk kraf yang berharga.

Yang ini pulak adalah 'a little teddy in a cage'. Comel sangat kan? Ini pun, terhasil setelah dimakeover.


Rasanya cukuplah sampai di sini dahulu untuk N3 kali ini. Jumpa lagi nanti...

Saturday, December 19, 2009

PLATE ON THE WALL

Assalamualaikum semua...Dido`akan rakan-rakan semua sentiasa di dalam sihat sejahtera sentiasa. Untuk N3 hari ni, saya nak share cerita sikit tentang pinggan-pinggan yang boleh digantung pada dinding. Pinggan-pinggan yang ada ni adalah sebahagian dari koleksi peribadi saya. Kira-kira 4-5 tahun yang lalu pinggan-pinggan ni memang banyak di jual kat Pasar Tani Mega kat Shah Alam ni. Masa tu, memang betul-betul tengah minat kat pinggan-pinggan tu. Apalagi kalau ada duit sedikit tu dikumpul-kumpul hanya semata-mata nak membeli pinggan-pinggan tu. Maklumlah harganya pun bukannya murah. Ade yang sampai mencecah RM80 untuk satu set.

Buat Ayu yang kat Johor tu, bolehlah tengok-tengok ye? Kalau ade yang berkenan tu bolehlah sms kat akak. Kalau takde akak minta maaf banyak-banyak ye? Kalau akak terjumpa yang lain lagi kat rumah ni, akak akan uploadkan gambarnya kemudian. Maklumlah..dah lama tak tengok barang-barang ni. Tak ingat sangat kat mana akak simpan pinggan-pinggan yang lain tu.

Kalau ade pinggan-pinggan yang cantik-cantik kat rumah tu, bolehlah dilekatkan hook kat belakang pinggan tu. Lepas tu, bolehlah digantung. Tapi pastikan dulu gam yang digunakan tu, benar-benar kuat untuk menampung berat pinggan-pinggan tu. Kalau tidak, terpaksalah menambahkan kerja nak kemaskan serpihan pinggan-pinggan yang dah pecah berderai tu nanti. SELAMAT MENCUBA!

Ini adalah sebahagian koleksi pinggan-pinggan yang ada.....Pinggan-pinggan ni semuanya datang complete dengan cangkuk di belakang pinggan. So, bolehlah terus digantung.









   

Friday, December 18, 2009

ITEMS FOR SALE

SALAM semua. Barang-barang berikut adalah untuk dijual.Sesiapa yang berminat boleh email saya, tinggalkan pesanan kat chatbox atau sms kat no. saya (0193106825).




Hurricane Lamp-Decal plus lace: RM49

Hurricane Lamp- Decal: RM45

Blue Bowl (lebar approx. 14 cm) plus Metal Stand(H:10cm, diameter:10cm) RM19.90

Candle Holder (5 blue small bowl plus stand): RM22.90


Medium Blue Flower Bowl: RM17.90

Mom`s Kitchen Signage: RM49.90

Skyblue Vase: RM29.90

Hanging Shelf (Half-Moon): RM49.90

Metal Stand: LEFT- 12cm x 12cm RM14.90, RIGHT 11cm x 11 cm RM11.90

Faux Cake Kit:  (Krim, POP, Akrilic Color, Sponge, Piping and Nozzle) RM75
Topping krim: RM25 per Kg

Cinnamon Sticks ( Length:2 feet each) RM1.50 per stick



Large Pail: RM19.90, Medium: RM17.90, Small: RM15.90


Bunga hiasan (untuk kek)

Bunga hiasan (untuk kek): 12 kuntum- RM4.50

Bunga hiasan (untuk kek)