Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Saturday, March 20, 2010

KELAS FAUX CAKE pada 20/3/2010

Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat yang diingati...Didoakan agar semuanya sentiasa berada di dalam sihat sejahtera hendaknya.

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan mengadakan kelas Faux Cake. Cuma hari ni, modulnya lain sedikit iaitu segelas ais-krim dan sebiji kek dengan lelehan coklat yang menyelerakan. Ini adalah special request dari Cik Atie yang memang minat sangat dalam segala seni kraftangan; dari decoupage, folkart dan seterusnya Faux Cake.

Tahniah Atie. Akak kagumlah dengan kesungguhan yang ade dalam diri Atie ni. Sambil-sambil mengajar dan belajar membuat Faux Cake ni, dapat jugak kami bertukar-tukar fikiran dan idea di dalam seni kraf ni. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Banyak jugaklah ilmu yang saya dapat dari Atie ni especially dalam seni kraf decoupage.

Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak Atie di atas sokongan juga idea yang dapat dikongsi bersama selama ini. Terima kasih jugak di atas buahtangan yang diberikan setiap kali Atie datang ke kelas Faux Cake kat farmasi akak ni. Akak amat menghargainya.

Akak mintak maaf banyak-banyak ye kerana tidak berkesempatan untuk memberikan layanan yang terbaik kepada Atie sepanjang sessi belajar berlangsung. Al- maklum je lah kat farmasi ni, secawan teh pun tidak dapat nak dihidangkan. Kalau ada pun, cuma sebotol air ECPI dan sedikit hidangan makanan ringan (itupun jika ada). Apa-apa pun, akak harap Atie puas hati dengan kelas Faux Cake bersama akak ni ye..

Jom kawan-kawan, kita sama-sama lihat kek dan aiskrim yang telahpun dihasilkan untuk kelas pada hari ini.......

Atie ni sedang sibuk meletakkan kepingan
 coklat pada `white swirl'

Inilah dia kepingan coklat yang diletakkan di atas
'white swirl' tersebut

Kat atas coklat tu, ditaburkan dengan taburan
serbuk gula bewarna putih dan juga kacang kisar.

Inilah rupanya ais-krim dan
kek coklat berkrim setelah siap

Semuanya ni adalah rupa kek yang basih
lembab lagi krimnya. Ianya akan nampak lebih
menyelerakan setelah ianya disapu varnis,
apabila krimnya kering sepenuhnya.

Ok lah, rasanya setakat ini dahulu untuk hari ini. Insyaallah kita jumpa lagi nanti......
BYE!

No comments:

Post a Comment