Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Tuesday, April 13, 2010

KELAS FAUX CAKE (EARLY APRIL, 2010)

Assalamualaikum.....Saya doakan semoga sahabat-sahabat semua sentiasa di dalam sihat dan sejahtera selalu, hendaknya.

Dah agak lama rasanya tak update blog. Terlalu sibuk dengan rutin seharian. Walau bagaimanapun, alhamdulillah, hari ni nampaknya berkesempatan juga utk update rumah maya saya ini.


Hari ni, just nak uploadkan gambar-gambar kelas-kelas FAUX CAKE sepanjang minggu-minggu yang lepas. Buat kakak-kakak serta adik2 yang telah menghadiri kelas FAUX CAKE bersama saya, jutaan terima kasih saya ucapkan. Saya mohon kemaafan di atas kelewatan memuat turun gambar-gambar sepanjang kelas berlangsung.


Kepada semua, jom kita sama-sama  lihat ragam pelajar-pelajar dan FAUX CAKE yang telah dihasilkan....

Berikut adalah kelas FAUX CAKE yang
telah berlangsung pada 1 hb. April, 2010

Kakak bertiga ni, semuanya usahawanita.
Bidang makanan...Yang
 kat tengah tu Kak Aya ..
yang paling
ramah antara mereka bertiga.

Tekun dan bersemangat, di dalam
 menyiapkan tugasan FAUX CAKE
 yang diberikan

Kak Ram...walaupun dah
 mencecah usia emas, Kak Ram masih
aktif dan kreatif. Tabiklah Kak..... 

Ini adalah antara FAUX CAKE yang sempat
dihasilkan

Tiga sekawan; Akak bertiga ni memang
rapat. Dari kiri, Kak Hazizah, Kak Ram dan Kak Aya.
Kak Ram dan kak Aya pula, mereka ni adik-beradik.

Terima kasih banyak-banyak kak kerana sudi belajar dan berurusniaga di
SOFFEA`s LIL COTTAGE. Mana-mana yang mungkin ada terkurang,
saya mohon berbanyak kemaafan. Nanti akak rujuk semula dalam nota
FAUX CAKE yang saya berikan tu ye kak?

Berikut pula adaklah KELAS FAUX CAKE yang telah dijalankan pada 3 hb. April, 2010

Akak berdua ni pulak adalah pendidik..
CIKGU SEKOLAH

Akak Noorhayati ni datang ke Farmasi pada sebelah
 pagi untuk buat temujanji bagi kelas
FAUX CAKE jam 230 petang hari yang sama.

Kak Yati dan Kak Siti ni begitu bersemangat
 di dalam menyiapkan tugasan
yang diberikan.

Katanya nak buat projek ni sempena sambutan HARI GURU
pada bulan Mei nanti.

Kakak-kakak ni rajin bertanya dan rajin juga mencatat nota. Oleh kerana
terlalu leka mengajar akak2 ni, sampai terlupa nak merakamkan gambar
di sepanjang kelas berlangsung.

Hanya dua keping gambar ni saja yang sempat saya rakamkan.
Minta maaf ye kak? Apa-apa pun, jutaan terima kasih
saya ucapkan di atas kesudian akak berurusniaga dengan
SOFFEA`S LIL COTTAGE. 

Berikut pula adalah KELAS FAUX CAKE yang telah diadakan pada 8 hb. April, 2010.


Diana ni adalah seorang ibu muda yang baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua.
Memang berminat dengan seni kraftangan. Orangnya mudah mesra. Walau pun
baru kenal, rasanya macam dah kenal lama.

Walaupun Diana tak pernah buat
 REAL CAKE, tapi Diana cepat belajar.

Macamane? Kemas tak FAUX CAKE
yang Diana hasilkan ni?

Inilah dia FAUX CAKES yang telah dihasilkan oleh Diana.  

Harapan akak, Diana puas hati dengan apa2 yang akak
ajarkan. Semoga kelas FAUX CAKE ni menjadi detik
 permulaan bagi Diana memulakan dekorasi
berkonsepkan Inggeris.

Buat semua, terima kasih di atas segala sokongan. Wassalam.


2 comments:

  1. -salam-, saya ingin mengikutikelas faux cake ni..ada tak kelas yang diadakan di area keramat expecially au3...nk p sana...jauh sangat la...
    leh reply kat my e-mail (iema_shukri@yahoo.com). tq..

    ReplyDelete
  2. salam.. kak shida.. saya Aduar kat singapore ni.. 1st time bukak blog kak shida. cantik woo.. haha. kirim salam kwn2 kat farmasi. huhu

    ReplyDelete