Assalamualaikum warahmatullah.....
Didoakan sahabat2 semua sentiasa berada di dalam nikmat IMAN dan ISLAM. Di hari2 terakhir bulan Sya'ban ini, marilah kita sama2 memanjatkan do`a kepada ALlah SWT agar kita diberikan kesihatan yang baik zahir mahupun batin. Oleh yang demikian, dapatlah kiranya kita menjalani ibadah puasa dengan penuh kesempurnaan Ramadhan nanti....
N3 kali ini, seperti yang telah saya janjikan dulu berlainan dari N3-N3 saya yang sebelum ini. Walaupun ianya tiada kaitan dengan faux cake, tetapi masih lagi berkisar kepada topik "FOOD and ACCESSORIES". Lazimnya, bila tiba sahaja bulan Ramadhan, tentu sekali kita sebagai kaum hawa akan mula sibuk memikirkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan persediaan menyambut kedatangan Aidil Fitri.
Selain dari sibuk berfikir tentang juadah kuih muih yang akan disiapkan untuk menjamu tetamu pada hari raya nanti, tentu anda juga ligat memikirkan segala aksessori dan keperluan untuk mencantikkan lagi dekorasi ruang makan anda. Balang kuih ....bermacam2 'design' dan 'brand' ada di pasaran. Ada yang mencecah harga ratusan ringgit. Oleh itu, untuk Aidil Fitri 2010 ini, apa kata anda cuba menghasilkan sendiri balang2 kuih raya tersebut? Ianya sudah tentu lebih menjimatkan.
Jadi, untuk N3 kali ini saya akan menunjukkan langkah demi langkah kaedah menghias balang kuih raya.
Jom layan......
1. Bahan-bahan yang diperlukan:
balang plastik, kain kapas, renda, riben,
span nipis, bunga, glue gun, glue stick, gunting.
manik, tasel, kain lace (opsyenal)
span nipis, bunga, glue gun, glue stick, gunting.
manik, tasel, kain lace (opsyenal)
2. Kaedah membuat:
a. Potong kain dan span mengikut saiz penutup balang
(potong besar sedikit dari saiz penutup)
b. Lekatkan span pada atas penutup dan juga
bahagian tepi (gunakan gam panas)
c. potong bahagian span yang berlebihan
c. potong bahagian span yang berlebihan
d. Lekatkan pula kain kapas di atas lapisan
span tadi (sama seperti langkah di b)
e. Potong bahagian kain yang berlebihan.
(boleh juga lekatkan kain lace di atas kain cotton)
(boleh juga lekatkan kain lace di atas kain cotton)
f. Potong renda organza dan lekatkan
di keliling penutup tadi.
g. Lekatkan pula riben atau renda cotton
di bahagian atas renda tadi
(untuk menutupi bahagian renda yang tidak rapi)
h. Hias bahagian penutup tadi dengan
riben, manik, bunga dan tasel.
i. Lekatkan pula bahagian keliling tepi
balang dengan renda atau riben.
(anggaran 1/3 dari bahagian bawah balang)
Sekarang, balang kuih telah pun siap dihias... Mudahkan???
Berikut adalah contoh2 balang kuih yang sempat saya siapkan...
Rasanya cukup sampai di sini dulu buat kali ini. Insyaallah bertemu kembali di dalam segmen DIY yang lain.
Selamat Mencuba!!!
SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN YANG AWALNYA RAHMAH, PERTENGAHANNYA MAGHFIRAH (KEAMPUNAN) DAN DI HUJUNGNYA
ITKUN-MINAN NAAR (PELEPASAN DARI API NERAKA)...















salam,
ReplyDeletesume cntk2 balang kuih raya nie cume camane nk bersihkan kalo terkena kotoran pd kain tu?
Wkslm Suzi..seperti kebiasaannya Suzi, semua benda yang cantik2 ni memang susah nak dijaga.Perlu buat kerja lebih sikit.Oleh yang demikian apa yg akak uploadkan di sini hanya sekadar cetusan idea sahaja. Setiap orang yang ingin membuatnya haruslah ubahsuai idea yang ade mengikut keperluan keluarga masing2...
ReplyDeletekalau kotoran sedikit, bolehlah guna kain basah yang telah dicampur sabun dan digosokkan atas penutup tu dengan perlahan2.kalau sebaliknya, boleh rendam sekejap dalam air bersabun, then tekan2 span till air dpt ditoskan. Lepas tu di jemur.
Ok Suzi, harap akak dah menjawab sebahagian dari kemusykilan Suzi. Wallahu`alam.