Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Saturday, January 30, 2010

PETIT FOUR FAUX CAKES


Soffeas Petits Fours (RM18 per 4 pcs) 
SOLD to Sarah


Assalamualaikum buat semua rakan-rakan bloggers yang di luar sana,

Untuk N3 kali ni, nak bercerita sedikit tentang petit four. Ia adalah sejenis kek bersaiz kecil (berukuran approx. 1 inci dan tingginya kira-kira 1.6 inci). Ia biasanya dihidangkan sebagai `dessert' di penghujung sesuatu hidangan. Nama `petit four' berasal dari perkataan French petit four yang bermaksud"small oven".

Namun begitu, "modern petits fours" biasanya terdiri daripada kek span yang dipotong geometri, dan disalut diatasnya dengan "fondant toppings". Fondant yang menyaluti kek tersebut selalunya berwarna pastel dan dihiaskan dengan "piped icing flowers" atau hiasan (embellishments) yang lain. Selain daripada itu, terma "petit four" juga merujuk kepada apa jua jenis konfeksioneri (yang bersaiz kecil), terutamanya di negara Perancis.

Berikut adalah Soffeas Lil Cottage petits fours:






Kalau ada sesiapa yang berminat untuk membeli ataupun menempah petits fours 
 bolehlah menghubungi saya....0193106825

Jumpa lagi, nanti.......

Tuesday, January 26, 2010

FAUX CUPCAKES AND WOODEN CUP HOLDER



SAlam semua. Hari ni kebetulan ade sedikit masa terluang, so dapatlah membuat satu N3 lagi.

Kelmarin, Ahad 24 Januari, 2010...seperti biasa awal pagi dah berjalan ke PASAR TANI MEGA di seksyen 13. Rutin macam biase, singgah kat tapak2 rakan-rakan yang menjual English decorative items, soft furnishings dan jugak singgah sekejap kat tapak yang menjual secondhand items.

Sampai je kat tapak jualan barang secondhand tu, tiba-tiba mata ni terpandanglah suatu wooden item bewarna putih. Nampak dari jauh seakan-akan macam gasing pun ye jugak. Apalagi. Bila nampak je benda tu,otak ni teruslah berfikir apa lah yang boleh dimanfaatkan dari benda tu. Fikir punya fikir terus teringatkan pada beberapa cupcakes yang kat rumah tu. Fikir-fikir cantik jugak kalau kat atas item tu disusun cupcakes yang bewarna-warni tu.

Harganya pun murah sangat RM5.00. Kayu nya pun padu. Puas hati jugaklah dapat satu barang yang murah, dan kebetulan sangat-sangat diperlukan untuk display my first generation cupcakes tu. Ingin jugak nak decorate sikit kat cuppy stand tu, tapi masih belum berkesempatan lagi.

Jom, kita sama-sama lihat ....






 Inilah hasilnya....

Camne? Cute tak?
 Nanti lepas saya dah touch up sikit kat cuppy stand ni, bolehlah
saya share outcome nya nanti dengan  rakan-rakan semua ye?

TUNGGU...................

Faux Cake: Tempahan dari Anis....

Hari minggu baru ni, finally dapat jugak siapkan dan hantarkan Full Faux Cake ni by hand kat tuan punya kek tersebut. Temanya cam biase.. putih dan merah jambu. Cumanya, Anis mintak buat stripe pink-putih kat sekeliling kek dengan susunan buah strawberi sebagai topping di atas kek tersebut.




Fikir punya fikir, inilah hasilnya.......
RM45
Diameter 6 inci dan tinggi approx 4 inci


Pandangan dari tepi-atas


Pandangan dari tepi


Pandangan dari atas (maaf gambarnya kurang pencahayaan)


Thank you very much Anis...Harap Anis suka dan puas hati dengan hasil kerjatangan akak ni.


TERIMA KASIH DAUN KELADI,
LAIN KALI TEMPAHLAH LAGI.

BIRTHDAY GIFT dari Zaisma Cottage

Assalamualaikum. Hari ni just nak share birthday gift dari Is (Zaisma Cottage). Hari tu, ade order barang dari Is. Buka je parcel tu, tengok2 selain ada barang-barang yang di order, ade pulak satu kotak berbunga beserta sekeping nota ringkas di atasnya. Apa lah agaknya ye isi di dalam kotak tu?


Jom layan ....


Inilah dia....pengikat langsir



Yang istimewanya, ianya dijahit sendiri oleh Is



Thank You Is....



Akak suka sangat and i appreciate it so much...


Akak doakan moga Is sekeluarga sentiasa di bawah rahmah dan kasih sayang ALlah......

Thursday, January 21, 2010

SLICED FAUX CAKES FOR SALE


SOLD to anis, Damansara





Harga: RM18.00 sepotong
Size: Sebesar bekas segitiga untuk letak kek potong


Salam semua.Hari ni just nak buat N3 tentang Sliced Faux Cakes. Dah lama saya tak buat kek potong ni (sejak my first Sliced Faux Cake).So kebetulan kelmarin dapat siapkan semua frostingnya.If anybody interested, macam biase boleh sms kat saya: 0193106825


Sekian dulu.......Jumpa lagi nanti

Monday, January 18, 2010

FAUX CAKE KIT: PROMOTION (From 18 Januari-14 Februari, 2010)




Assalamualaikum semua. Apakhabar? Di doakan semuanya sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu...
Untuk makluman rakan-rakan semua SOFFEAS LIL COTTAGE sedang mengadakan promosi untuk FAUX CAKE KIT Bermula dari 18 Januari hingga 14 Februari, 2010. Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba sendiri membuat FAUX CAKE ni, bolehlah mendapatkan bahan-bahannya (raw material) di SOFFEAS LIL COTTAGE. Setiap Kit yang dibeli, ada disertakan sekali kaedah/cara-cara membuatnya.

Sekiranya anda masih lagi tidak pasti tentang kaedah membuatnya, anda bolehlah terus SMS ataupun menghubungi saya menerusi talian HP: 0193106825.Insyaallah saya akan membantu sebaik yang mungkin.


Starter Kit: RM75
(FOC pink polkadot cupcake cup -5 or 1 extra pre-cut triangular sponge-1 )


Mini Starter kit: RM55
500 Gm Topping Cream, 500 Gm Plaster of Paris, piping and nozzle,
 1 triangular pre-cut sponge, 4x 10 Gm Acrilic colors,
5-Pink Polkadots cupcake cup and 5- doilies



RM40.00
FAUX CAKE TOPPING CREAM 2 KG PER TUB

RM40.00
FAUX CAKE TOPPING CREAM 1 KG x 2 TUB
 (1 KG  Likat, 1 KG lebih lembut)

**Kesemua krim tidak dicampur air
**Krim dengan tekstur yang lebih lembut, lebih mudah disapu,dan licin 

RM22
Faux Cake Topping Cream: 500 GM x 2 BEKAS (A dan B)
Bekas A: Konsistensi (Agak likat-sesuai untuk membuat piping)
Bekas B: Konsistensi kurang likat-lembut
(sesuai untuk dibuat base bagi Slice or Full Cake)

RM25 per KG
COLORED FAUX CAKE TOPPING CREAM
(Available colored topping cream: PINK, CHOCO-BROWN)


RM8 per KG (packed in a plastic bag)

RM10 per KG (packed in plastic bottle)
RM18 per 2KG (packed in plastic bottle)
RM25 per 3 KG (packed in plastic bottle)
PLASTER OF PARIS (POP)




****** SELAMAT MENCUBA******












MY BIRTHDAY`S GIVEAWAYS



Kepada rakan-rakan blogger yang teringin untuk memiliki kek-kek dari SOFFEAS LIL COTTAGE, bolehlah menyertai giveaways ini. Ada kira-kira dua minggu lagi sebelum tarikh tutup (30 Januari, 2010).
Oleh itu, CEPAT2 berikan komen atau slogan anda tentang FAUX CAKE yang dihasilkan di SOFFEAS LIL COTTAGE.


Apa yang anda perlu lakukan adalah:


1) menjadi FOLLOWER kepada SOFFEAS LIL COTTAGE terlebih dahulu.
2) tuliskan slogan/cogankata/komen tentang SOFFEAS LIL COTTAGE FAUX CAKE di bawah N3 ini atau di bawah mana-mana N3 ttg FAUX CAKE ataupun anda boleh tinggalkan slogan/cogankata/komen anda di CHATBOX saya.

 SELAMAT MENCUBA......



Saturday, January 16, 2010

BIRTHDAY GIFT DARI NSHAFEAS COTTAGE

Semalam, tepat jam 830 malam seperti yang dijanjikan tibalah Sheila ke Farmasi saya yang satu ini. Al maklumlah masa Sheila sampai tu, customer tengah ramai, staff  saya pulak cuma sorang je, jadi terpaksalah settlekan masalah customer terlebih dahulu..... Tapi yang surprise nya cik Sheila ni sampai-sampai je terus hulurkan satu bungkusan hadiah yang rapi balutannya, merah jambu pulak tu. Tak terkata apa, cuma doa dan ucapan terima kasih yang dapat akak hulurkan buat Sheila. Semoga ALlah sentiasa merahmati hidup Sheila dan dikurniakan nikmat kesihatan yang baik ....

Apa-apa pun akak mohon banyak2 maaf ye sebab Sheila terpaksa menunggu sebelum kita boleh mula berbicara...

Jom kita sama-sama lihat....



Cantik dan rapi betul balutan hadiah tu...


Birthday card pun, bertemakan pink...Sweetnya


Inilah dia birthday gift tu...Sweet sangat


  Walau pun kita tak pernah berjumpa sebelum ni, tapi rasanya macam dah lama kenal kan? Ya lah hanya melalui blog jugak sms.Thank You very much Sheila.  Akak sangat-sangat menghargainya ...... 

TEMPAHAN DARI SHEILA dari NSHAFEAS COTTAGE

Assalamualaikum semua.
Didoakan rakan-rakan semua sentiasa di dalam RAHMAH dan Kasih Sayang ALlah. Alhamdulillah...akhirnya bertemu jugak saya dengan Sheila dari Nshafeas Cottage.Hari Isnin yang baru ni, pagi-pagi lagi Sheila dah sms nak order Faux Cake yang RM25 tu. Disebabkan katanya tak tahu nak pilih yang mana satu, jadi Sheila pun mintaklah dibuatkan untuknya sebiji `Full Cake' tapi nak yang shabby tema warna PINK-WHITE. Katanya hari Jumat malam ,Sheila nak datang ambik. Dalam kesibukan yang sentiasa ade ni, otak ni pun mulalah ligat berfikir pattern yang sesuai untuk dapatkan shabby look tu. Fikir punya fikir, finally saya buatkan 2 jenis; satu yang di atasnya ada susunan buah-buahan (my favourite tu) dan satu lagi saya letakkan rimbunan bunga-bungaan mengikut tema yang dikehendaki. Ya...lah susah hati jugakkan.. takut2 apa yang saya buat ni tak menepati citarasa adik Sheila kita ni.

So, inilah hasilnya...................


Semua gambar ni di ambil semasa kek baru je siap dibuat, so mohon maaf kalau foto ni tak kemas ye?

Fruity shabby Faux Cake

Flowery Shabby Faux Cake (yang ni masih available lagi; jika berminat, boleh sms)

Finally, Sheila dan anak daranya tu memilih Faux Cake yang penuh dengan buah strawberi yang disalut madu...Alhamdulillah syukur rasanya apabila dah siapkan tempahan dan lebih lega lagi jika apa yang dihasilkan tu customer berpuas hati. Terima kasih Sheila di atas segalanya......

Friday, January 15, 2010

BIRTHDAY GIFT FROM LIEZA COTTAGE...




Assalamualaikum semua.

Dah beberapa hari tak buat N3. So hari ni, cuba jugak  untuk buat  at least satu lagi N3. Pada petang hari Rabu yang lalu, tengah kalut2 beurusan dengan customer, tiba-tiba my hubby tanya tentang satu parcel yang dihantar ke farmasi. Disebabkan kesibukan dengan pelanggan dan supplier, tak tahu pun ada satu parcel yang dihantar atas nama saya. Apabila my hubby buka parcel tu, terperanjat jugaklah bila tengok, barang dalam bungkusan tu. Nak tau apa? Jom kita tengok gift yang comel, cute dan shabby ni. Hasil kerjatangan Puan Lieza kita dari Lieza Cottage.


Decoupage frying pan yang dihasilkan sendiri oleh Lieza


Ini pulak birthday card yang bertemakan cupcake...cantik....sangat




Inilah dia pengirim birthday gift tu....

Monday, January 11, 2010

FAUX CAKE JEWELLERY BOX

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan yang dihormati,


Untuk N3 kali ni, just nak share tentang satu projek Faux Cake Craft yang masih dalam  fasa `TRY and ERROR' lagi. Sibuk-sibuk buat Faux Cake tu, terfikir pulak nak jadikan FAUX CAKE tu satu item yang boleh kita gunakan. Fikir punya fikir, tercetuslah ilham nak buat FAUX CAKE JEWELLERY BOX. So, jom kita sama-sama lihat hasil cetusan idea ni....



Ini rupanya bila kotak tu dalam keadaan bertutup....




Ini pulak bila penutup kotak tu dibuka....


Yang ini, selepas dilekatkan Cute Little Teddy kat atas box tu...




Macamane? Jadi tak `FAUX CAKE JEWELLERY BOX' ni?Any comments?


Walau bagaimanapun, ianya masih belum boleh dijual lagi ye? Nantilah bila dah dapat satu formula yang cukup baik dan rapi buatannya, barulah boleh masuk 'pasaran'. ...
 
Ok lah; saya berundur dulu.Insyaallah di lain masa kita jumpa lagi.Wassalam.


Saturday, January 9, 2010

FAUX CAKE FOR SALE....(RM25 SAHAJA)


Assalamualaikum buat semua rakan-rakan seperjuangan. Untuk N3 kali ni, masih lagi berkisar pasal Faux cake. Saya ni belum lagi mencapai tahap professional dalam membuat faux cake ni tapi alhamdulillah dengan sedikit kreativiti yang ALLah berikan dapatlah saya menghasilkan beberapa biji Faux Cake lagi. Walaupun tak secantik dan sekemas mereka yang dah professional, tapi...bolehlah kalau sekadar nak dijadikan hiasan. Harapan saya, ianya akan menjadi inspirasi bagi mereka yang amat berminat dengan kraf Faux Cake ni especially buat semua adik-adik atau kakak-kakak yang telah pun atau yang akan menghadiri Kelas Asas Kraf Faux Cake bersama-sama saya kelak. Semua Faux Cake berukuran approximately 3.5 (tinggi) x 3.5 inci (diameter).


Jom! Sama-sama kita lihat N3 untuk kali ni...



    NuttyCarrot Faux Cake (RM25)




    NuttyStrawberry Faux Cake (RM25) SOLD to kak Eli, Shah Alam




YamVanilla Faux Cake (RM25)


  

ChocoCherry Faux Cake (RM25) 

Sekiranya anda teringin di hati nak dapatkan FAUX CAKE ni, bolehlah terus sms saya di:  0193106825 (SHIDA) atau 
Emel saya: war2ummi@gmail.com


Jumpa lagi nanti......BYE!