Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Wednesday, March 24, 2010

TEMPAHAN DARI CUSTOMER: 2- TIERED CAKE

Assalamualaikum warahmatullah. Semoga kita semua dirahmati ALlah selalu.

Untuk hari ini, just nak share tempahan dari seorang customer. Cik Puan ni, minatnya pada FAUX CAKE yang bertingkat-tingkat. Katanya lebih cantik kek yang bertingkat jika nak letak kat atas meja sebagai table CENTERPIECE.

Dah lama Cik Puan ni mintak saya buatkan 2-tiered FAUX CAKE ni tapi terpaksa ditangguhkan kerana nak cari `tiang' yang sesuai untuk kek ni. Dah dua-tiga jenis tiang saya beli; cuba punya cuba nampaknya (pada pandangan saya) semuanya tak sesuai. Jadi, fikir-fikir apa salahnya kalau cuba buatkan 2-tiered FAUX CAKE tapi tanpa kehadiran tiang nya.

Finally, diberikan  ALlah sedikit idea. Hasilnya....jom kita jamu mata.......


Camne, OK tak?

Nak buat dua tingkat ni agak susah sikit
 coz mesti pastikan kekukuhan binaan
kek yang bertingkat tu dulu, then
baru dibuat hiasannya 

Inilah hiasan bunga dan seekor rama-rama
yang diletakkan kat bahagian kek yang
paling atas sekali

Ini pula gambar2 yang diambil di
bawah sinaran lampu yang bercahaya`kuning'.
Rasanya nampak lebih romantik....

Nampak lebih sweet tak?

Ni, ada aiskrim sekali. Tempahan
dari customer jugak; cuma tak
sempat nak upload lagi.

Gambar ni diambil dibawah suluhan cahaya
lampu kalimantang  yang terang-benderang


Ok lah ye! Rasanya cukup setakat ini dulu. Insyaallah kita
 jumpa lagi di lain waktu....ASSALAMUALAIKUM!

Saturday, March 20, 2010

KELAS FAUX CAKE pada 20/3/2010

Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat yang diingati...Didoakan agar semuanya sentiasa berada di dalam sihat sejahtera hendaknya.

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan mengadakan kelas Faux Cake. Cuma hari ni, modulnya lain sedikit iaitu segelas ais-krim dan sebiji kek dengan lelehan coklat yang menyelerakan. Ini adalah special request dari Cik Atie yang memang minat sangat dalam segala seni kraftangan; dari decoupage, folkart dan seterusnya Faux Cake.

Tahniah Atie. Akak kagumlah dengan kesungguhan yang ade dalam diri Atie ni. Sambil-sambil mengajar dan belajar membuat Faux Cake ni, dapat jugak kami bertukar-tukar fikiran dan idea di dalam seni kraf ni. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Banyak jugaklah ilmu yang saya dapat dari Atie ni especially dalam seni kraf decoupage.

Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak Atie di atas sokongan juga idea yang dapat dikongsi bersama selama ini. Terima kasih jugak di atas buahtangan yang diberikan setiap kali Atie datang ke kelas Faux Cake kat farmasi akak ni. Akak amat menghargainya.

Akak mintak maaf banyak-banyak ye kerana tidak berkesempatan untuk memberikan layanan yang terbaik kepada Atie sepanjang sessi belajar berlangsung. Al- maklum je lah kat farmasi ni, secawan teh pun tidak dapat nak dihidangkan. Kalau ada pun, cuma sebotol air ECPI dan sedikit hidangan makanan ringan (itupun jika ada). Apa-apa pun, akak harap Atie puas hati dengan kelas Faux Cake bersama akak ni ye..

Jom kawan-kawan, kita sama-sama lihat kek dan aiskrim yang telahpun dihasilkan untuk kelas pada hari ini.......

Atie ni sedang sibuk meletakkan kepingan
 coklat pada `white swirl'

Inilah dia kepingan coklat yang diletakkan di atas
'white swirl' tersebut

Kat atas coklat tu, ditaburkan dengan taburan
serbuk gula bewarna putih dan juga kacang kisar.

Inilah rupanya ais-krim dan
kek coklat berkrim setelah siap

Semuanya ni adalah rupa kek yang basih
lembab lagi krimnya. Ianya akan nampak lebih
menyelerakan setelah ianya disapu varnis,
apabila krimnya kering sepenuhnya.

Ok lah, rasanya setakat ini dahulu untuk hari ini. Insyaallah kita jumpa lagi nanti......
BYE!

Friday, March 12, 2010

FAUX CAKE:TEMPAHAN DARI CUSTOMER

Salam semua...Didoakan sahabat-sahabat semua sentiasa sihat dan berada di dalam lindungan ALLAH selalu hendaknya.



Untuk N3 hari ni, takde yang menarik, cuma nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang beberapa tempahan Faux Cake dari customer. Apa yang dipaparkan di sini, bukanlah dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk tapi hanya sekadar berkongsi idea dan minat yang sama di antara kita.



Kepada yang telah membuat tempahan terima kasih di atas segala sokongan. Kepada yang telah berkongsi ilmu dan kemahiran, harap dapat halalkan segalanya. Jasa baik sahabat semua tidak akan dilupakan.


Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana kualiti gambar tidak memuaskan. Al-maklumlah  takde skill dalam bidang photography ni.


Berikut adalah sebahagian dari tempahan yang dapat saya uploadkan untuk pagi ini......

TEMPAHAN DARI KAK AYA, PERAI
5 biji Cupcake (mixed colors)

5 Slice Cake (mix colours and patterns)


 
Slice Cake (pandangan sisi)

Pandangan belakang

Pandangan Atas

 TEMPAHAN DARI SHIDA, JB

Cupcake tema pink-putih

Pandangan atas

Cupcake tema light green-putih


Cupcake tema light brown-putih

TEMPAHAN DARI SUE, PERAK

Cupcake tema pink-putih


TEMPAHAN DARI AVON

Ini adalah kek yang ke-4 untuk Avon.
Untuk bulan Januari temanya adalah
 pink-putih, Februari pulak kuning-putih

Ade sepuluh biji kek semuanya. Cuma setiap
bulan berlainan pulak tema warnanya
(special request dari regional manager)

Baiklah, rasanya cukup sampai di sini dulu. Insyaallah kalau ade kesempatan, saya upload lagi.
 BYE.....

Monday, March 8, 2010

Kabinet Putih di Ruang Tamu:Rearrangement of deco items

Assalamualaikum semua.... Dah seminggu jugak tak buat N3. Terlalu sibuk dengan tugasan harian jugak thesis write-up yang tak habis-habis. Alhamdulillah hari ni dapat jugak menulis sedikit kat blog ni.

Untuk N3 hari ni, saya just nak share tentang kabinet putih yang telah pun di ubahsuai susunan juga barangan dekoratif di atasnya. Biasanya, saya memang suka kepada dekorasi yang simple and practical. Al-maklumlah, kesuntukan masa untuk nak kemas benda-benda yang kecik-kecik ni. kalau ade pun cuma pada hari minggu sahaja..sebabnya itu jelah satu-satunya hari yang saya tidak berada di farmasi. Hari-hari lainnya, saya akan bertugas di farmasi dari jam 930 pagi hinggalah ke 930 malam.

Walau bagaimanapun, kali ni nak buat sedikit kelainan.Tak taulah berapa lama ianya boleh bertahan. Memandangkan ade beberapa lebihan Faux cake yang saya buat dari versi yang awal dulu, jadi saya susunkan semuanya di atas kabinet putih tersebut. Nak tengok macamana outcome-nya?

Jom.......

BEFORE




AFTER








Ok lah ye. Rasanya cukuplah dulu untuk tengahari ini. Maaf jika gambar yang di uploadkan tu tidak begitu jelas. Semua gambar yang saya masukkan dalam blog ni, semuanya tanpa di edit. Sebabnya ...saya memang belum pandai lagi dalam edit-mengedit gambar ni.

Jumpa lagi..BYE.....

Wednesday, March 3, 2010

FAUX CAKE ACCESSORIES: JEWELLERY BOX

 Assalamualaikum.....

Apakhabar semua? Semoga ALlah sentiasa merahmati hidup rakan-rakan sekeluarga.

Hari ni, just nak share tentang JEWELLERY BOX yang berbentuk seperti sebiji kek. Asyik buat kek je, so beberapa minggu yang lepas saya buatkan sebuah kotak untuk menyimpan aksesori perhiasan wanita.

Jewellery box ni bolehlah digunakan untuk menyimpan kerongsang, pin tudung, gelang dan pelbagai aksesori yang lain. Jadi, di samping ianya cantik untuk dibuat hiasan, ianya juga dapat digunakan untuk menyimpan barangan yang kecil.

Jom, sama-sama kita lihat hasilnya....
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

    
Jewellery box? Trinket?
Pandangan depan

Macamane? Ok tak?

kat atas penutup tu, saya lekatkan tiga
 kuntum artificial roses supaya nampaklah cantik sikit.

Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah sms terus ke HP saya: 0193106825
OK lah ye?Sampai di sini dulu. Jumpa lagi nanti.....


Tuesday, March 2, 2010

FAUX FOOD: FRUITY PIZZA, PANDAN AND CHOCOLATE ROLL CAKE






ASSALAMUALAIKUM......

Didoakan agar rakan-rakan semua sentiasa di dalam Rahmah dan Kasih Sayang ALLAH selalu.


ALHAMDULILLAH, dapat jugak buat sedikit N3 untuk malam ni. Dah kira-kira sepuluh hari, saya tidak berkesempatan untuk menulis. Sibuk dengan rutin harian juga tempahan `faux cake' dari rakan-rakan.


Buat semua, terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan. Projek kat bawah ni, saya buat sebagai selingan semasa menyiapkan tempahan pelanggan.


So, layan je lah gambar-gambar kat bawah ni. .....


Chocolate-Vanilla Fruity Log Faux Cake

Pandan-Vanilla Fruity log Faux Cake

 Fruity log Cake with Vanilla and Strawberry Cream

Fruity Pizza with peanuts

Ok... itu saja untuk hari ini. Sekiranya ada yang berminat,
bolehlah sms atau call saya di 019-3106825