Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Friday, April 30, 2010

KELAS FAUX CAKE (24 April, 2010)

Assalamualaikum warahmatullah....


N3 kali ini adalah sambungan N3 tentang KELAS FAUX CAKE minggu yang lalu.....


Kali ini, kita bersama Puan Siti dari Seremban. Puan Siti memilih pakej G ( Full cake, slice cake, cupcake, cokelat dan ais-krim. Jom kita sama-sama lihat aktiviti2 Puan Siti di sepanjang kelas berlangsung:


Asyiknya Puan Siti menghias FAUX CAKE...

Ni pula, Puan Siti dengan slice faux cakenya.
Light purple-pink-white SLICE FAUX CAKE 

Mix flavours untuk coklat, Chocolate-Vanilla
ice-cream dan green-yellow cupcake...

Yam-strawberry SLICE FAUX CAKE

Ini pula adalah strawberry FULL ROUND CAKE
dengan susunan ceri yang ranum dan lambakan
white sweet beads di atasnya

Puan Siti dengan semua FAUX FOOD yang
dihasilkan...
Macamana Puan Siti? Puas hati tak dengan FAUX FOOD yang telah dihasilkan?
Lepas ni, bolehlah Puan Siti hasilkan lebih banyak FAUX CAKE ye?
Kalau boleh dijual sekali kat kiosk Puan Siti tu, bagus jugak kan?
Saya doakan perniagaan Puan Siti juga kelas decoupage Puan Siti,
 semakin berjaya dan berkembang.

Terima kasih kerana sudi datang ke KELAS FAUX CAKE di
SLC. Harapan saya Puan Siti puas hati dengan sedikit ilmu yang diberikan

KELAS FAUX CAKE

Assalamualaikum Warahmatullah....
Apakahabar sahabat-sahabat semua? Semoga kita semua dikurniakan ALlah nikmat kesihatan yang baik.

Juga, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran di atas nikmat IMAN dan ISLAM  yang ALlah telah berikan kepada kita semua. Di sini juga ingin saya mengajak semua dari kita tak kira di mana jua anda berada agar sama-sama menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah ke atas roh adik Aminulrashid..Moga rohnya ditempatkan di dalam golongan mereka yang beramal soleh... 


Untuk hari ni, just nak buat N3 berkenaan dengan KELAS FAUX CAKE yang telah pun berlangsung di sepanjang minggu yang lepas:


Berikut adalah KELAS FAUX CAKE pasda 21 April, 2010:

Ini Cik Aida dari Keramat. Walaupun, bekerja di institusi
perbankan tetapi Cik Aida ni pun sangat berminat
di dalam kraf dan dekorasi berciri Inggeris.. 

Aida sedang asyik memotong kuntuman2 bunga
untuk dihias di atas FAUX CAKE...

Inilah hasil kreativiti Aida...

Cupcakes yang comel, dengan warna2 pastel

Cantik..dan kemas....

Buat Aida, terima kasih banyak2 kerana sudi hadir
ke KELAS FAUX CAKE di SOFFEAS LIL COTTAGE...
Akak gembira dan seronok bersama Aida. Semoga pertemuan ini akan menjadi detik
bemulanya ukhuwwah sesama kita. SELAMAT MAJU JAYA di dalam pengajian....


Monday, April 19, 2010

FAUX CAKE: DIY KIT and ACCESSORIES

Assalamualaikum warahmatullah....


Buat semua yang aktif dengan rumah maya masing-masing, juga sahabat-sahabat yang di luar sana tu didoakan semoga hidup kita semua sentiasa di dalam perhatian ALlah hendaknya.


Kepada anda yang memang berminat di dalam kraf pembuatan FAUX CAKE, anda boleh mendapatkan sebahagian daripada peralatan dan aksesori yang diperlukan di SOFFEAS LIL COTTAGE.


Berikut adalah antara bahan-bahan seni kraf FAUX CAKE yang ditawarkan di SsLC:



RM75.00
FAUX CAKE STARTER KIT
*Kaedah membuatnya disertakan*
(1decorating syringe, 2 triangular sponge, 4 acrilic colours, 5 polkadot cc cups, 1 kg faux Cake cream, 1 kg POP, Faux cake`s accessories (beads, flowers and fruits).


RM55.00
MINI KIT
*Kaedah membuatnya disertakan*
(1 Decorating Syringe,1 Kg Faux Cake Topping Cream,
 1 Kg PoP, 2 Acrilic colours,
1 sponge)

FAUX CAKE TOPPING CREAM
*(odourless)*

RM25 per Kg
RM48 per 2 Kg
RM100 per 5Kg

PLASTER OF PARIS
RM5.00 per Kg
PAPERCLAY

RM8.90 per bar (200Gm)

*Soft type*

ROUND STYROFOAM (6"x2")
RM2.70

ROUND STYROFOAM (8"x2")
RM3.00 

H20 GLOSS VARNISH (70 ml)
RM18.00
**For Matt Finish, mix water*
ARTIFICIAL CHERRY
RM10.00 per 10 Cherries

ARTIFICIAL CHERRY
RM10.00 per 10 Cherries

PUTIK BUNGA (PUTIH  KEHIJAUAN)
RM4.80 per pack (40 putik)

PUTIK BUNGA (PUTIH KEKUNINGAN)
RM4.80 per pack (40 putik)

PUTIK KELADI
RM3.00 per 12 putik

PAPER FLOWERS
RM3.50 per 12 kuntum

PAPER FLOWERS
RM3.50 per 12 kuntum

PAPER FLOWERS
RM3.50 per 12 kuntum

PAPER FLOWERS
RM3.50 per 12 kuntum

PAPER FLOWERS
RM3.50 per 8 kuntum

PAPER FLOWERS
RM3.50 per 12 kuntum

STYROFOAM-SPONGE ROSES
RM6.00 per 5 pcs

STYROFOAM -SPONGE ROSES
RM6.00 per 5 pcs 
RM10.00 per 10 pcs
 
STYROFOAM-SPONGE ROSES
RM6.00 per 5 pcs 
RM10.00 10 pcs


Sebarang pertanyaan, bolehlah terus menghubungi saya di talian: 0193106825 atau boleh juge email saya di: war2ummi@gmail.com

Senarai barangan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.
Rasanya cukup sampai di sini dulu untuk N3 pada kali ini. Jumpa lagi ......


SALAM BUAT SEMUA...

SHIDA AR

Tuesday, April 13, 2010

KELAS FAUX CAKE (EARLY APRIL, 2010)

Assalamualaikum.....Saya doakan semoga sahabat-sahabat semua sentiasa di dalam sihat dan sejahtera selalu, hendaknya.

Dah agak lama rasanya tak update blog. Terlalu sibuk dengan rutin seharian. Walau bagaimanapun, alhamdulillah, hari ni nampaknya berkesempatan juga utk update rumah maya saya ini.


Hari ni, just nak uploadkan gambar-gambar kelas-kelas FAUX CAKE sepanjang minggu-minggu yang lepas. Buat kakak-kakak serta adik2 yang telah menghadiri kelas FAUX CAKE bersama saya, jutaan terima kasih saya ucapkan. Saya mohon kemaafan di atas kelewatan memuat turun gambar-gambar sepanjang kelas berlangsung.


Kepada semua, jom kita sama-sama  lihat ragam pelajar-pelajar dan FAUX CAKE yang telah dihasilkan....

Berikut adalah kelas FAUX CAKE yang
telah berlangsung pada 1 hb. April, 2010

Kakak bertiga ni, semuanya usahawanita.
Bidang makanan...Yang
 kat tengah tu Kak Aya ..
yang paling
ramah antara mereka bertiga.

Tekun dan bersemangat, di dalam
 menyiapkan tugasan FAUX CAKE
 yang diberikan

Kak Ram...walaupun dah
 mencecah usia emas, Kak Ram masih
aktif dan kreatif. Tabiklah Kak..... 

Ini adalah antara FAUX CAKE yang sempat
dihasilkan

Tiga sekawan; Akak bertiga ni memang
rapat. Dari kiri, Kak Hazizah, Kak Ram dan Kak Aya.
Kak Ram dan kak Aya pula, mereka ni adik-beradik.

Terima kasih banyak-banyak kak kerana sudi belajar dan berurusniaga di
SOFFEA`s LIL COTTAGE. Mana-mana yang mungkin ada terkurang,
saya mohon berbanyak kemaafan. Nanti akak rujuk semula dalam nota
FAUX CAKE yang saya berikan tu ye kak?

Berikut pula adaklah KELAS FAUX CAKE yang telah dijalankan pada 3 hb. April, 2010

Akak berdua ni pulak adalah pendidik..
CIKGU SEKOLAH

Akak Noorhayati ni datang ke Farmasi pada sebelah
 pagi untuk buat temujanji bagi kelas
FAUX CAKE jam 230 petang hari yang sama.

Kak Yati dan Kak Siti ni begitu bersemangat
 di dalam menyiapkan tugasan
yang diberikan.

Katanya nak buat projek ni sempena sambutan HARI GURU
pada bulan Mei nanti.

Kakak-kakak ni rajin bertanya dan rajin juga mencatat nota. Oleh kerana
terlalu leka mengajar akak2 ni, sampai terlupa nak merakamkan gambar
di sepanjang kelas berlangsung.

Hanya dua keping gambar ni saja yang sempat saya rakamkan.
Minta maaf ye kak? Apa-apa pun, jutaan terima kasih
saya ucapkan di atas kesudian akak berurusniaga dengan
SOFFEA`S LIL COTTAGE. 

Berikut pula adalah KELAS FAUX CAKE yang telah diadakan pada 8 hb. April, 2010.


Diana ni adalah seorang ibu muda yang baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua.
Memang berminat dengan seni kraftangan. Orangnya mudah mesra. Walau pun
baru kenal, rasanya macam dah kenal lama.

Walaupun Diana tak pernah buat
 REAL CAKE, tapi Diana cepat belajar.

Macamane? Kemas tak FAUX CAKE
yang Diana hasilkan ni?

Inilah dia FAUX CAKES yang telah dihasilkan oleh Diana.  

Harapan akak, Diana puas hati dengan apa2 yang akak
ajarkan. Semoga kelas FAUX CAKE ni menjadi detik
 permulaan bagi Diana memulakan dekorasi
berkonsepkan Inggeris.

Buat semua, terima kasih di atas segala sokongan. Wassalam.


Monday, April 5, 2010

FAUX CAKE: TEMPAHAN CUSTOMER

Assalamualaikum warahmatullah... Semoga hidup kita pada hari ini lebih baik dari semalam; khususnya dari aspek keimanan dan ketaqwaan.


Hari ni, just nak share tentang Faux Cake yang telah ditempah oleh sahabat-sahabat yang setia memberikan sokongan. Terima kasih di atas tempahan dan jutaan kemaafan dihulurkan seandainya ada tempahan yang terlewat disiapkan.


Berikut adalah tempahan-tempahan yang telah disiapkan dua-tiga minggu yang lepas. Jom! kita tengok........
                                                               
Tempahan dari Nyna, Kuala Lumpur
                                                   
Ini adalah kek yang ditempah oleh Nyna...
Kek masa majlis perkahwinannya dulu.
Nyna minta saya buatkan kek yang
sama seperti gambar yang telah
 pun diberi by e-mail


Dah berminggu-minggu Cik Puan ni buat tempahan
tapi baru je dapat disiapkan.Sori ye Nyna,
 di atas kelewatan...

Satu cabaran jugak nak menyiapkan kek ni.
Takut tak jadi seperti mana yang
 diharapkan...Macam dalam gambar tu 

Ini lah rupanya kek yang dah 75 peratus siap...
Harapan akak, Nyna puas hati dengan kek
yang akak siapkan ni nanti...

Sabar menunggu ye dik?

Terima kasih Nyna.... 

 
Tempahan dari KT
Ini adalah 5 jenis ais-krim yang
ditempah oleh KT

Gelas-gelas ni semuanya KT yang punya.
Saya hanya menyiapkan ais-krim nya sahaja.

Harap KT puas hati ye?


Terima kasih KT..


Tempahan CC dari Hasni, Kedah

Ini pula adalah CC yang ditempah oleh Hasni

Hasni menempah empat belas biji CC kesemuanya

Hasni pun request untuk pink-white CC juga

Saya buatkan CC mengikut tema yang diminta
oleh Hasni tetapi setiap satunya dengan
 corak yang berlainan. Harapan saya,
Hasni berpuashati dengan CC ni ye?

Terima kasih Hasni......


Tempahan dari CikguCT, Johor

CikguCT pun request Faux Cake
dengan tema pink-putih juga

Faux Cake ni ditempah khusus untuk diberikan
 kepada 'somebody special' dalam hidup CikguCT

Saiz Faux Cake ni 6 inci x 3 inci

Saya warnakan bahagian atas kek dengan 'light pink'
dan bahagian tepi serta piping keliling atas dan bawah
dengan warna pink yang lebih gelap.

Cuma bahagian tulisan, scallop serta corak-corak
di atas scallop sahaja saya berikan warna putih.
Akak harap CT suka dan puas hati....

Terima kasih CT...

Ok lah ye, rasanya cukup sampai di sini dulu. Insyaallah jumpa lagi nanti! ASKM.....