Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Thursday, May 27, 2010

KELAS FAUX CAKE (22/5/2010)



Assalamualaikum warahmatullah...

Salam ukhuwwah buat semua rakan-rakan yang dikasihi. Semoga hidup dan mati kita sentiasa di dalam rahmah dan redha ALlah.

N3 malam ni macam biasa, masih lagi tentang KELAS FAUX CAKE yang telah pun diadakan pada hari sabtu yang lepas. Diana ambik special request package iaitu ais-krim dan chocolate praline.

Berikut adalah gambar2 yang sempat dirakamkan sepanjang kelas berlangsung:


Diana sedang sibuk menghias chocolate praline
 beliau dengan taburan "sweet beads"
Inilah chocolate praline yang telah pun siap dihias...
Bundt cake hasil kreativiti Diana..

Semua yang kat atas tray ni, adalah idea kreatif
dari Diana sendiri. SSwee...e..e...t sangat
 warna bundt cake tu kan?

Inilah adik Diana dengan chocolate praline,
aiskrim dan bundt cake ilham dari Diana sendiri.
Buat Diana, jutaan terima kasih kerana terus memberikan kepercayaan kepada akak di SLC di dalam membimbing Diana mendalami ilmu pembuatan FAUX FOOD. Kemaafan yang akak pohonkan seandainya ade salah dan silap akak di sepanjang kelas berlangsung. Kesungguhan Diana di dalam menuntut ilmu dan keikhlasan Diana di dalam persahabatan amat akak hargai. Semoga hidup Diana sentiasa dipayungi dengan RAHMAH dari ALlah juga kasih sayang dari mereka yang dikasihi.
OK Diana, Insyaallah jumpa lagi nanti......

 

Monday, May 24, 2010

FAUX CAKE: TEMPAHAN DARI SABAH

Assalamualaikum warahmatullah....

Untuk N3 kali ini, just nak berkongsi tempahan dari NEGERI DI BAWAH BAYU. Berikut adalah sebahagian daripada tempahan beliau yang sempat disiapkan untuk sepanjang minggu yang lalu. Bakinya, insyaallah akan disiapkan ASAP dan insyaallah akan akak poskan dalam hujung minggu ini.

Inilah sebahagian slice cake yang dah pun siap.
Baru aje diposlajukan hari Sabtu yang lepas
Pandangan dari bahagian belakang...

Ini pula adalah sebahagian daripada CC yang
sempat disiapkan.


Akak harap, Ros berpuas hati dengan semua FAUX CAKE hasil kerjatangan akak ni. Kalau ada rasa tak puas di hati atau ada sebarang cadangan, harap dapat dimaklumkan terus kepada akak ye? Insyaallah, akak akan cuba perbaiki dimana yang terdaya.

Di kesempatan ini juga akak ucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Ros berurusniaga dengan SLC dan juga di atas kepercayaan yang diberikan terhadap FAUX CAKE keluaran SLC. Harapan akak semoga urusniaga ini akan dapat dijalankan dengan jayanya.

Buat Ros...TAHNIAH! Di atas pembukaan retail outlet yang akan mula beroperasi seminggu dua lagi.
SELAMAT MAJU JAYA..... 

 

Thursday, May 20, 2010

KELAS FAUX CAKE (19 MEI, 2010)

Assalamualaikum warahmatullah....Buat  diri saya sendiri dan semua rakan-rakan di luar sana, semoga hidup kita pada hari ini, lebih baik daripada semalam. Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadikan sessi muhasabah diri sebagai suatu rutin harian demi memperbaiki kualiti hidup kita dari segenap segi.

Untuk N3 hari ini, juga berkisar tentang KELAS FAUX CAKE yang telah diadakan pada hari Rabu yang lalu. Kali ini kita bersama Puan Zaima dari Damansara yang memilih untuk PAKEJ E. 

Dengan pengalaman selama lapan tahun membuat dan mengajar membuat kek (yang boleh dimakan tau!), mencorakkan kek hiasan bukanlah suatu yang susah buat Zai.

Berikut adalah gambar2 yang sempat dirakamkan sepanjang kelas berlangsung.


Khusyuknya Zai menyiapkan 'skirting'
dan hiasan di keliling kek

Zai sedang sibuk buat 'ukuran' sebagai
penanda untuk hiasan di atas kek

Inilah hasilnya...

Cantik, menarik....begitu menyelerakan 

Kreatif dan inovatif.... 

Inilah hasil kreativiti Zai...warna yang menyerlah;
sangat sesuai sebagai 'eye candy'

 Inilah Puan Zai...Macamana Zai?
Puas hati tak dengan hasil FAUX CAKE ni?

Buat Zai, terima kasih banyak2 kerana sudi hadir ke KELAS FAUX CAKE bersama SLC. Akak mohon maaf juga jika ada salah dan silap di sepanjang sessi bengkel berlangsung. Terima kasih juga kerana sudi berkongsi ilmu dengan akak dalam proses penyediaan dan penghasilan icing untuk kek sebenar. Insyaallah, kalau ada kesempatan teringin jugak nak buat kek yang boleh dimakan ni. Nanti, bila2 kalau dah tiba waktu akak nak buat kek tu, kalau akak tak pasti, akan akak hubungi Zai smula.

Ok Zai! Semoga bisnes kek Zai bertambah maju....  


     

Thursday, May 13, 2010

KELAS FAUX CAKE (13/05/2010)

Assalamualaikum warahmatullah...

Apakhabar semua? Semoga semuanya sentiasa di dalam sihat sejahtera selalu di samping keluarga tercinta.

Untuk N3 hari ini, just nak berkongsi cerita tentang KELAS FAUX CAKE yang telah diadakan pagi tadi.

Cik Puan ni mengambil pakej ONE Full Round Cake dan ONE Slice Cake. Kelas bermula kira2 jam 1045 pagi dan selesai menghampiri jam 1 tengahari.

Berikut adalah gambar2 yang sempat dirakamkan di sepanjang kelas berlangsung:


Puan Azian sedang khusyuk menyiapkan piping 
di sekeliling kek.. 

Ini pulak adalah proses menyiapkan "scallop" pada
bahagian tepi kek...

Slice Cake dengan topping Coklat bertatahkan
ceri...

Nampak betul2 menyelerakan.....

Inilah dia Puan Azian ...seorang
Usahawanita juga


Terima kasih banyak2 Yan kerana sudi menghadiri KELAS FAUX CAKE bersama SLC.
Jutaan terima kasih juga  kerana menjadi sebahagian dari pelanggan kedai Farmasi kami.
Saya mohon maaf banyak2 ye Yan jika ada kekurangan  juga salah dan silap di sepanjang
 kelas tadi. Especially bila terpaksa melayan kerenah pelanggan farmasi yang
 lain semasa kelas berlangsung.

Apa-apa pun, seronok dapat mengajar sambil berkenalan dengan lebih dekat. Ok Yan, SELAMAT BERKARYA. Insyaallah jumpa lagi di lain waktu...

Tuesday, May 11, 2010

FAUX CAKE: PASTEL SERIES III


Assalamualaikum warahmatullah....

Buat semua ibu-ibu di luar sana... SELAMAT HARI IBU! Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama ikhlaskan niat kita di dalam memikul tanggungjawab sebagai wanita pendidik generasi beriman, berilmu dan bertaqwa.Semoga usaha kita diberkati ALlah SWT.

Untuk N3 kali ini, juga masih berkisar pada tema yang sama...PASTEL SERIES FAUX CAKE. Jom tengok.......


RM50.00 (6" x 2") SOLD


RM50.00 (6" x 2')



Size M, RM13, Size S, RM11, Size XS, RM8


                                                  
 
Jika anda berminat, bolehlah terus menghubungi saya di talian 0193106825.
Ok lah ye! Rasanya cukup sampai di sini dahulu buat kali ini. Jumpa lagi........

Wednesday, May 5, 2010

FAUX CAKE: CUPCAKE dan CUPCAKE PLACECARD HOLDER (Pastel Series)

Assalamualaikum warahmatullah.....

N3 kali ni adalah atas permintaan seorang sahabat kat luar sana tu. Minta supaya saya masukkan N3 semua FAUX CAKE yang telah sedia ada tetapi belum dijual lagi.  Katanya nak beli FAUX CAKE yang telah sedia ada; lebih cepat dapat barang....tak perlu nak menunggu lama. 

Ok SAHABAT... berikut adalah beberapa CC dan CC placecard holder yang telah siap. Nanti, SAHABAT tengoklah ye?Design yang ade ni semuanya yang simple2 je. Kalau ade yang berkenan, alhamdulillah tp kalau takde juge nampaknya SAHABAT kenalah jugak menempah dahulu ....

So, jom kita jalan-jalan melihat hasil CC yang  masih ade...

CC (RM8) dan CC placecard holder (RM9.90) 
Size XS


CC, Size M (macam dlm previous N3)SOLD
RM13


CC dan CC placecard holder
Size S (RM11)

 FAUX Sundae ice-cream

FAUX Sundae ice-cream

Ok lah ye! Rasanya cukup setakat ini dahulu. Jutaan kemaafan kerana gambar-gambarnya
tidak begitu jelas. Kalau ade kemusykilan, boleh terus sms saya. BYE!

ASSALAMUALAIKUM........

Monday, May 3, 2010

FAUX CAKE:Pastel Series

Assalamualaikum warahmatullah.......

Buat semua, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ALlah (SWT) kerana kita masih lagi diberi peluang menghirup udara segar dari alam yang indah yang ALlah jadikan untuk kita semua.

Untuk hari ini, jom kita sama-sama lihat foto-foto FAUX CAKE (pastel series) yang telah terhasil minggu yang lalu:

SOLD


SOLD

SOLD


Still Available...


SOLD (except: CC kanan, bawah)) 
 

SOLD (Except, atas sebelah kiri dan kanan)

SOLD
(Except: Pink dan purple paling kanan, pink paling kiri)

Ok lah ye! Rasanya cukuplah untuk kali ini.
InsyaALlah kita jumpa lagi.....