Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Saturday, June 26, 2010

FAUX CAKE:

Assalamualaikum warahmatullah....

Semoga usia kita sentiasa dipenuhi dengan ilmu yang berguna juga amal yang menyeru kepada yang maaruf dan menjauhi perkara-perkara yang mungkar.

Untuk hari ini, just nak share tentang "tiny weeny" cupcakes...

Idea nak buat tiny cc ni tercetus apabila anak yang sulung nak mintak dibuatkan cc untuk kesemua lima belas orang gurunya, sempena sambutan HARI GURU peringkat sekolahnya semalam. Oleh kerana masa yang terlalu suntuk (dah jam 11 malam (24/6/2010), jadi hanya tiny cc ni saja yang sempat dihasilkan. Semuanya selesai kira2 jam 1230 tgh malam dan esoknya awal2 pagi saya dah pack kan setiap satunya untuk diberi kepada cikgu2 yang banyak berjasa di dalam mendidik anak bangsa jam11 pagi nanti.




Inilah tiny weeny cc tu...


Tiny weeny cc ni RM25.00/per 10 pcs 

Yang ini pula adalah versi yang kedua yang dihasilkan sehari selepas versi untuk cikgu2 tu. More colourful...kan? Jika ada yang berminat nak membeli bolehlah sms atau terus hubungi saya di 019-3106825.

Ok lah ye...Insyaallah kita jumpa lagi di lain N3. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU....

Tuesday, June 22, 2010

FAUX CAKE FOR SALE

Assalamualaikum warahmatullah...

Semoga hidup kita sentiasa di dalam REDHA ALLAH......

Untuk N3 kali ini, just nak uploadkan beberapa foto faux cake yang telah saya siapkan pada minggu yang lalu. Ini bukanlah tempahan dari sesiapa; cuma nak merealisasikan idea yang ade ni sahaja. Jadi, sekiranya ada yang berminat nak membelinya, bolehlah sms atau pun emel saya ye?

Jom, sama2 kita lihat gambar2 faux cake yang sempat dirakamkan.......


Chocolate-Strawberry Faux Cake

Chocolate-cookie Faux cake

Pink-heart Faux Cake

Pandan-Vanilla Faux Cake
(di tepi sekeliling faux Cake ni
saya dah tambahkan scallop dan polkadots)

Oklah...rasanya cukup sampai di sini dahulu untuk kali ini.Insyaallah, kita bertemu lagi di lain N3

Saturday, June 19, 2010

KELAS FAUX CAKE (19hb. Jun, 2010)

Assalamualaikum warahmatullah....

Apakhabar sahabat2 semua? Didoakan anda semua sentiasa di dalam rahmah dan kasih sayang ALLAH selalu hendaknya. Beberapa hari lagi, sekolah akan bermula semula dan sudah tentu bertambah sibuk lah kita dengan rutin harian menguruskan persekolahan anak2. Semoga kita diberikan ALLAH kesabaran yang lebih di dalam menangani kerenah anak2 yang telah ALLAH berikan kepada kita sebagai satu amanah yang benar2 besar.....

Berikut adalah KELAS FAUX CAKE yang telah diadakan pada pagi tadi. Puan Roseliza dari Kelang memilih pakej "cookies and ice-cream". 

Jom kita sama2 layan gambar2 yang sempat dirakamkan di sepanjang kelas berkenaan......


 Kak Ros sedang asyik menyiapkan
faux aiskrim beliau


Cookies yang betul2 nampak menyelerakan



Buat kak Ros, terima kasih ye kak kerana sudi menghadiri KELAS FAUX CAKE di SOFFEAS LIL COTTAGE. Harapan saya akak berpuashati dengan kelas kita tadi ye? Saya mohon kemaafan juga seandainya ada salah dan silap saya di sepanjang kelas berjalan. Lebih2 lagi tadi saya kekurangan staff , jadi terpaksa lah diselang selikan dengan melayan pelanggan. Apa2 pun suka dapat mengenali akak.

Nota untuk cookies tu, insyaallah kak nanti saya akan emelkan. 
Saya doakan akak sentiasa di dalam kesejahteraan selalu.

Oklah ye. rasanya cukup setakat ini dahulu untuk hari ini. Insyaallah bertemu lagi di lain N3.

Friday, June 18, 2010

KELAS FAUX CAKE (12hb. Jun, 2010)

Assalamualaikum warahmatullah...

Apakhabar semuanya? Yang sedang bercuti, diucapkan SELAMAT BERISTIREHAT dan kepada yang dah pun mula bekerja semula tu, SELAMAT MEMULAKAN TUGAS kembali. Semoga motivasi diri dapat terus ditingkatkan....

N3 hari ini masih berkisar pada KELAS FAUX CAKE yang telah pun berlangsung pada hari Sabtu yang lepas. Puan Noorain juga memilih PAKEJ G untuk kelas tersebut.

Jom kita lihat gambar2 yang sempat dirakamkan:


 FULL ROUND CAKE ..dibuat khusus
untuk suami tersayang
 sempena sambutan Hari Bapa

Kek potong

Ais-krim Keladi ...

Cupcake..pastel purple

Walaupun Ain dijangka melahirkan cahayamata yang keempat Ogos depan, tapi berbekalkan semangat yang kuat untuk mempelajari ilmu membuat FAUX CAKE, dapat juga Ain ke Shah Alam dari Putrajaya.

Di kesempatan ini juga akak mohon jutaan kemaafan seandainya ada salah dan silap akak di dalam mengendalikan kelas tersebut. Harapan akak Ain berpuashati dengan tunjuk ajar yang akak berikan ye? Ok Ain SELAMAT MENYAMBUT KELAHIRAN CAHAYAMATA YANG KEEMPAT ......... Akak doakan semuanya dipermudahkan ALLAH. 

Wednesday, June 16, 2010

FAUX CAKE: Tempahan Pelanggan

Assalamualaikum warahmatullah...

N3 kali ini berkisar pada tempahan FAUX CAKE dari Johor Darul Takzim. Faux cake yang ditempah adalah versi dari N3 yang mula2 dulu.

So, layan je lah gambar2 yang dibawah ini ye?  


Nutty-Strawberry Faux Cake

Pandangan dekat

Choco-Cherry Faux Cake

Pandangan dekat

Buat Ain dan iparnya, terima kasih banyak2 di atas tempahan. Oleh kerana FAUX CAKE ni adalah handcrafted, jadi hasilnya tidaklah seratus peratus sama seperti yang sebelum ini. Akak harap adik2 berdua berpuas hati dengan FAUX CAKE yang akak hantar ni ye?

Rasanya sampai di sini dahulu untuk kali ini. Insyaallah jumpa lagi di lain N3. Bye!!!

KELAS FAUX CAKE (7 hb. jun, 2010)


Assalamualaikum warahmatullah...


Marilah kita sama2 mengucap syukur ke hadrat yang Maha Esa di atas nikmat `usia' yang dikurniakan buat kita sehingga kita masih lagi dapat bernafas dan menjalani rutin kehidupan seperti biasa.

N3 hari ini adalah tentang KELAS FAUX CAKE yang telah dijalankan pada 7 Jun, 2010.
Kak Noor memilih Pakej G untuk bengkel pada hari Isnin yang lepas.

Berikut adalah gambar2 yang sempat dirakamkan sepanjang kelas berlangsung:

Tekun betul kak Noor menyiapkan
 hiasan pada FAUX CAKE ...

Inilah FAUX FOOD hasil
kreativiti kak Noor 

Kek potong dan kek cawan

Kak Noor dan FAUX FOOD 
yang dihasilkan


Terima kasih kak Noor kerana sudi bersama SOFFEAS LIL COTTAGE di dalam mendalami ilmu membuat FAUX CAKE. Saya mohon banyak2 maaf ye kak, jika ada yang terkurang sepanjang kelas berlangsung. Saya harap akak berpuas hati dengan tunjuk ajar yang diberikan. Kalau ada lagi yang kurang pasti, akak boleh saje sms atau menelefon saya. Insyaallah saya akan membantu sebaik yang mungkin. 

Ok kak. SELAMAT BERCUTI. SEMOGA HIDUP AKAK SEKELUARGA SENTIASA DI DALAM RAHMAT ALLAH.......

Saturday, June 12, 2010

FAUX CAKE: Tempahan Pelanggan



Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah, dapat kita semua bertemu lagi. Didoakan sahabat-sahabat semua dikurniakan ALlah kesihatan yang baik supaya kita dapat terus menunaikan amanah sebagai hamba kepada ALlah Rabbul Jalil.

Untuk N3 hari ini just nak berkongsi tentang beberapa tempahan yang sempat disiapkan baru-baru ini.

So, layan je lah gambar2 di bawah ini ye? 


Ini adalah tempahan dari manager
AVON yang seterusnya


Ini pula adalah baki tempahan
 untuk Ros di Sabah



Slice cake ini juga buat Ros. Harap Ros suka ye?

Rasanya cukup sampai di sini dahulu untuk kali ini. Insyaallah di lain waktu kita jumpa lagi.
Buat yang sedang bercuti tu, saya ucapkan "SELAMAT BERCUTI . SEMOGA HUBUNGAN
KEKELUARGAAN DAPAT DIRAPATKAN".

Tuesday, June 8, 2010

NEW FAUX CUPCAKES dan FANCY FAUX COOKIES

Assalamualaikum warahmatullah....

Didoakan semoga kita semua sentiasa di dalam kesihatan yang baik....
Untuk N3 kali ini, just nak share beberapa foto cupcakes dan fancy faux cookies yang sempat dihasilkan beberapa minggu yang lalu. Cupcakes berikut adalah cupcakes versi tanpa `cawannya'.

Jom sama-sama kita lihat foto2 dibawah:

Cupcakes without the cups
RM15 


Cupcakes and cupcakes placecard holders

Cupcakes placecard holders
RM17

Fancy faux cookies with glittering sprinkles
RM22 per 5 pcs

Fancy faux cookies with white polkadots and
glittering sprinkles

Ok lah ye, rasanya cukup setakat ini dahulu untuk kali ini. Insyaallah, ade masa terluang kita jumpa lagi di N3 yang akan datang. BYE!

Tuesday, June 1, 2010

KELAS FAUX CAKE (29 /05/ 2010)

Assalamualaikum warahmatullah....


Semoga setiap detik di dalam hidup kita, tidak terlepas dari pandangan ALlah...


N3 malam ni juga berkisar tentang KELAS FAUX CAKE yang telah diadakan pada hari sabtu yang lalu. Cik puan yang cute-mute ni datang nun jauh dari selatan...from Johor. Berbekalkan semangat yang kental dan sokongan dari suami tersayang, maka sampailah Sue ke Shah Alam ..di SOFFEAS LIL COTTAGE. Beliau memilih Pakej G untuk kelas berkenaan. Berikut adalah gambar2 yang sempat dirakamkan semasa kelas berlangsung:

Sue ni memang teliti orangnya...

Semua tugasan dibuat dengan tenang...

Warna2 pastel yang dizahirkan pada
FAUX CAKE ni cukup sinonim
dengan tuan empunya diri...
 
Hasil kreativiti Sue...
simple dan menarik





Inilah Sue yang cute-mute ni
dengan semua FAUX FOOD
 hasil kreativiti Sue sendiri 

Jutaan terima kasih ye Sue kerana sudi mengikuti KELAS FAUX CAKE bersama akak di SLC.
Harapan akak apa2 yang Sue ingin ketahui, telah pun dapat dipelajari sepanjang kelas berlangsung. Jika masih ada lagi yang tidak pasti atau tidak difahami, bolehlah Sue berhubung dengan akak nanti. Nota tu, akak akan emelkan dalam sehari dua lagi, ye?

Ok Sue, semoga ukhuwwah yang baru bermula ini, dapat diteruskan selamanya....