Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Saturday, August 28, 2010

Promosi Aidil Fitri II

Assalamualaikum warahmatullah...

Apakhabar semua? Tentu sekarang ni, sahabat2 sekalian sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Aidil Fitri tak lama lagi. Walau macamana sibuk sekalipun, marilah kita sama2 berdoa agar Allah kurniakan kita kekuatan di dalam melipatgandakan lagi amal ibadah lebih2 lagi di dalam menanti ketibaan sepuluh terakhir Ramadhan...


Berikut adalah kesinambungan dari N3 yang sebelum ini; promosi hari raya II. Untuk kali ini temanya adalah 'garden series'. Jom sama2 kita lihat gambar2 full faux cake yang sempat saya hasilkan baru2 ini....


FRC 'Turqoise' polkadots 
with white beads 6" x 2"
RM40.00

FRC 'Pink-Violet' Polkadots
with light pink beads 6" x 2"
RM40.00

FRC 'Pink-Violet' dengan
juraian manik di keliling kek 6" x 2"
RM40.00 SOLD


FRC 'Purple-white' dengan
susunan daun2 kecil dan bunga
di keliling kek 6" x 2"
RM40.00

Jika ada yang berminat atau ingin maklumat lanjut, bolehlah terus menghubungi saya di 019-3106825.
Ok lah ....rasanya cukup sampai di sini dahulu buat kali ini. Insyaallah bertemu lagi di lain N3.

"LailatulQadr...kedatanganmu kami tunggu2"......

Tuesday, August 24, 2010

Promosi Hari Raya 2010

Assalamualaikum warahmatullah....

Buat semua, didoakan sentiasa di dalam sihat sejahtera selalu hendaknya. Di dalam fasa kedua bulan RAMADHAN yang penuh barakah ini, marilah kita sama2 melipatgandakan amal serta memohon keampunan di atas segala dosa2 yang telah kita lakukan selama ini. Semoga segala amal-ibadah, taubat dan doa kita diterima di sisi ALlah RabbulJalil....

Hari ini just nak war2kan promosi Hari Raya untuk faux cake bagi tahun 1431 Hijrah. Kepada mereka yang berminat , boleh terus menghubungi saya di talian 019-3106825.

Square Petite Faux Cake, Pink
  
RM19.90
(tepi kek dihiasi dgn. rantaian manik putih)

Square Petite Faux Cake, Purple
Sold

 
RM19.90
(tepi kek dihiasi dgn. rantaian manik putih)

Round Petite Faux Cake, Pink

RM18.90

Round Petite Faux Cake, Yellow

RM18.90 

Round Petite Faux Cake, Purple

RM18.90


Colourful Petite Faux Cupcakes
RM35 per set of 5 CC
(setiap CC ade 5 kuntum bunga,
taburan manik dan glitters serta 
 pink ribbon pada cuppy) 

Ok lah ye...Rasanya cukup dulu untuk N3 pada kali ini. Insyaallah bertemu kembali di lain waktu.
"Marilah kita sama-sama memperbanyakkan AMAL, MUHASABAH diri dan `AMAR MA`ARUF, NAHI MUNGKAR......

Friday, August 20, 2010

Faux Hot Chocolate and Biscuits, New Design Faux Slice Cake dan Faux Cake Gift Box

Assalamualaikum warahmatullah...

Apakhabar semua? Dido'akan anda semua sentiasa di dalam kegembiraan dan kebahagiaan menjalani ibadah puasa. Walau apapun jua kesibukan kita, marilah kita sama2 terus melipat-gandakan amal ibadah kita di sepanjang bulan RAMADHAN yang penuh RAHMAH, BARAKAH dan MAGHFIRAH ini. Semoga segala amalan kita diberkati ALLAH....

Untuk N3 hari ini, just nak share beberapa items baru. Temanya masih lagi termasuk di bawah kategori faux food and faux accessories. Mari kita sama2 layan beberapa gambar di bawah yang telah saya siapkan dua bulan yang lepas...  


Set secawan 'hot chocolate and cookies'
Dah diberikan sebagai cenderahati
buat Assistant producer  (production) NLKO




Ini adalah faux cake gift box. Diperbuat dari
kotak yang betul2 tebal.
Ukuran 8 x 12 inci
RM55.00


Ini pula adalah new design slice faux cake.
Walaupun ianya dah agak lama disiapkan tapi N3 nya
 tak dibuat coz belum dapat lagi formula yang paling sesuai 
untuk membolehkan handmade bunga2 rose ni menjadi 
keras sepenuhnya seperti batu. Any ideas? 

Oklah ye! Rasanya cukup sampai di sini dulu buat kali ini. Insyaallah bertemu kembali di lain waktu.

SELAMAT BERBUKA.........


Monday, August 16, 2010

Sepagi di TV9



Assalamualaikum warahmatullah....
Dido'akan semuanya sentiasa di dalam sihat sejahtera selalu. Moga2 bulan Ramadhan ini, menjadi titik tolak untuk kita semua menjadi seorang insan mukmin yang lebih taat kepada segala perintah ALLAH dan menjauhi segala larangannya.....

N3 hari ini, just nak share gambar2 yang sempat dirakamkan sepanjang saya berada di Sri Pentas Bandar Utama baru2 ini.

Jom! Sama2 layari gambar2 di bawah:


















Buat semua krew "Nasi Lemak Kopi O", jutaan terimakasih di atas kerjasama yang diberikan kepada akak sepanjang sessi berlangsung. Buat Farah, selaku hos NLKO dan segmen 'Buat Sendiri', adik memang BEST!!! Tahniah di atas penghijrahan.... Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmahnya buat Farah dan keluarga. Buat Linda selaku assistant producer, terimakasih di atas jemputan. Di kesempatan ini juga akak mohon jutaan kemaafan seandainya ada salah dan silap akak di sepanjang sessi rakaman 'Nasi Lemak Kopi O' yang lalu. Kepada adik2 dari kumpulan Saujana, terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan akak....Moga adik2 semua terus berjaya di persada seni nasyid negara....  

Saturday, August 14, 2010

SLC di Nasi Lemak Kopi O: 13 Ogos 2010



Rakaman TV9
 Soffea Lil Cottage (SLC) di NASI LEMAK KOPI O
Untuk menonton, sila klik link di bawah.....

Nasi Lemak Kopi O: 13 Ogos 10

Faux Cake Bersama Majalah Yezz


Assalamualaikum warahmatullah....


Buat semua sahabat2 walau di mana jua berada, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. Semoga segala ibadah kita diberkati Allah.....


N3 hari ini adalah berkenaan shooting Majalah Yezz yang telah pun berlangsung baru2 ini, di farmasi saya di Shah Alam. Untuk sessi ini, saya diminta untuk mengajar peminat2 majalah Yezz cara2 menghasilkan sebiji full round cake (hands on training) untuk dihadiahkan kepada majalah Yezz sempena ulangtahun majalah Yezz yang ke-3.


Sessi penggambaran bermula kira2 jam 3 petang (11 Ogos, 2010) dan selesai pada jam 530 petang.
Jom, sama2 kita lihat gambar2 yang sempat dirakamkan......


Adik2 krew Majalah Yezz..Yang comel loteh tu
adalah editornya 

Memberikan 'brief explaination' tentang kaedah
membuat faux cake

Mencuba kaedah menyediakan 'cake base'

Sembang2 bersama krew Yezz...

Peminat Yezz sedang membuat campuran warna

  
Meratakan warna pada asas kek

mendemonstrasi teknik membuat hiasan kek

Cik adik ni sedang cuba membuat hiasan kek
           
Menyemak hiasan kek yang dihasilkan...

Adik2 berdua ni sibuk menyiapkan 
hiasan untuk'cake borders'

Buat Aini selaku ketua editor majalah Yezz, terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada akak.
Maaf jua dipohonkan jika ada salah dan silap di sepanjang sessi penggambaran berlangsung. Buat semua, Aini, Kila, Ben, Nur dan adik2 yang terlibat Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan semoga berjaya di dalam kerjaya masing-masing....SALAM RAMADHAN!