Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Friday, October 29, 2010

Free Rose Clipart...for your personal and educational use ONLY

Assalamualaikum warahmatullah....


Anda berminat dengan roses atau apa jua yang bertemakannya? Sekiranya jawapan anda adalah"YA", jangan lupa untuk klik link di bawah. Anda akan menemui pelbagai jenis lukisan OLD ROSES yang boleh digunakan untuk mencantikkan lagi ruang kediaman anda. Ia adalah hasil kreativiti seorang artist bernama Pierre-Joseph Redouté yang bertemakan "BOTANICAL ART".


Untuk maklumat lanjut, sila klik LINK berikut:


http://www.apictureofroses.com/cms/home/clipart.htm.





Untuk idea dekorasi, anda boleh kunjungi  blog berikut http://www.cottage6.blogspot.com... BYE!

Thursday, October 28, 2010

Faux Cake:My New Slice Faux Cake


Assalamualaikum warahmatullah...

Semoga hidup kita sentiasa dipenuhi dengan amal yang soleh, ilmu yang berguna dan tuturkata yang sentiasa mengajak kepada amal ma'aruf, nahi mungkar......

Hari ni, just nak kongsi bersama gambar2 slice faux cake yang telah saya siapkan minggu yang lalu. Slice faux cake ni hampir sama seperti yang sebelum2 ini, bezanya adalah 'roses' yang di bahagian tengah kek tu... Bunga2 tu saya buat sendiri menggunakan 'special clay' yang akan kering dan keras sendiri apabila terdedah di udara. 

Jom, kita sama2 lihat hasilnya....  

Di atas kek tu, saya taburkan dengan
'white rainbow glitters'

Di bahagian belakang pula, saya lekatkan
beberapa kuntum bunga yang saya
buat sendiri bersama2 dengan fake
flowers yang lain 

Chocolate-Vanilla dan chocolate-strawberry cake

Special clay tu, akan menghasilkan tekstur seakan2 bunga 'bread dough'/'soap doh' setelah kering. Ia terdapat di dalam beberapa jenis warna pink, creme, merah, biru, kuning, ungu, putih. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan clay tersebut ataupun slice faux cake di atas, bolehlah terus menghubungi saya.. 

ATAU tunggu N3 saya yang akan datang khusus tentang this 'special clay' ....

Ok...sampai di sini dulu.Insyaallah bertemu lagi di lain N3.Bye!

Thursday, October 21, 2010

Faux Cake:Full round cake




Assalamualaikum warahmatullah...

Buat semua followers, dan semua yang sentiasa sudi singgah ke Soffeas Lil Cottage, saya doakan semuanya sentiasa di dalam sihat sejahtera selalu. Semoga kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Azzawajalla.....

N3 hari ini, masih juga tentang Full Round Faux Cake, tempahan dari pelanggan. Berikut adalah gambar2 yang sempat saya rakamkan kelmarin.

Jom layan......









Rasanya cukup sampai di sini dahulu, untuk kali ini. Insyaallah, kita bertemu lagi di lain waktu.
Ceria-ceria selalu! 'HAPPY CRAFTING'..... 

Monday, October 18, 2010

Faux Cake: 2-tier Full Round Cake

Assalamualaikum warahmatullah....


Salam ukhuwwah buat semua. Semoga kualiti iman kita hari ini lebih baik dari semalam....


N3 hari ini berkisar tentang 2-tier faux cake yang ditempah oleh pelanggan. Kek ni belum siap sepenuhnya lagi; ada lagi tambahan aksesori yang hendak saya buat. Insyaallah, kalau dah siap nanti, saya akan uploadkan gambar2nya di lain waktu.


Sementara itu, jom kita lihat dulu apa yang sempat disiapkan kelmarin..... 


 Tema warna, masih lagi 
putih-merah jambu seperti
yang diminta oleh pelanggan

Di tepi kiri-kanan kek 8 inci,
dilekatkan dengan susunan
bunga2 yang lebih kecil

Di bahagian tengah, diletakkan 
sekuntum bunga ungu yang ada
'lining' seakan warna merah jambu


Oklah...kita jumpa lagi di dalam perkembangan yang selanjutnya. Bye!

Thursday, October 14, 2010

Dekorasi Rumah ......

Assalamualaikum warahmatullah....


Didoakan rakan2 semua sentiasa berada di bawah RAHMAH dan MAWADDAH ALlah........


N3 kali ini berkisar tentang beberapa idea deko untuk tatapan anda semua.Untuk sambutan aidil fitri yang baru lalu, tidak banyak perubahan yang saya lakukan untuk hiasan dalaman ruang kediaman kami sekeluarga. Hanya susunan perabot sahaja yang ditukar. Kerja cat-mengecat pun, hanya dilakukan pada ruang sekitar tangga naik ke atas sahaja. Yang lainnya, masih kekal seperti sebelumnya. Untuk aksesori pula, saya just gunakan apa yang ada; yang baru pun hanyalah lampu terendak tinggi (stand lamp) dan jambangan bunga pada meja bulat sahaja. Tema tahun ini, Ringkas dan Jimat......


Jom, jalan-jalan.......


Sebelum.....

Dinding ni dahulunya stripe creme-vanilla...

Dinding di bawah tingkap kecil tu 
dahulunya stripe sky blue-white...

Sebelum...

Dinding ni tak siap lagi sepenuhnya;
 Cadangnya warna pink tu nak 
diselang-selikan dengan cat putih 
  kekuningan agar membentuk stripe
 seperti pada dinding tangga...

Sebelum...

Untuk membentuk 'border' pada dinding
 tangga, saya lekatkan sebatang 
'kayu railing' yang telahpun saya 
 semburkan dengan cat putih....

Sebelum....

 'stand lamp' berterendak ini,  saya
beli di kedai menjual barangan
perabot hotel terpakai...

                                  
Skrin kayu penghadang tu,saya letakkan di sudut
 ruang tamu untuk mendapatkan tema
'kayu ala inggeris' yang memang menjadi
 satu ciri dekorasi inggeris kesukaan saya...


Sebelum....


Sebelum...


Ruang tamu utama masih mengekalkan
ciri keinggerisan tetapi dengan
aksesori yang minima...

Sebelum...

Untuk langsir, hanya bahagian kepala langsir
sahaja yang saya tukarkan baru...


Rasanya cukup sampai di sini dahulu buat kali ini. Semoga apa yang dipaparkan dapat memberikan sedikit cetusan idea dekorasi untuk anda semua. Apa yang baik itu daripada ALlah dan yang kurang itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri...... 

Sunday, October 10, 2010

Kelas Faux Cake (10/10/2010)

Assalamualaikum warahmatullah......


Apakhabar? Didoakan sahabat2 semua sentiasa diberikan ALlah kesihatan yang baik. Dah agak lama juga saya tidak membuat N3 baru. Pagi ini baru berkesempatan untuk melakukannya.Alhamdulillah.....


Berikut adalah KELAS FAUX CAKE yang telah berlangsung pada hari Sabtu yang lepas. Ani dari Merchang Terengganu telah mengambil Pakej G sebagai pilihan. Kelas bermula pada jam 1030 pagi dan selesai kira2 jam 215 petang.


Di bawah ini adalah gambar2 yang sempat dirakamkan ...

Ani sedang sibuk menyediakan `cake base'

 Proses menghias kek ...


Faux patisseries yang telah dihasilkan...

Kek buat ibu tersayang...

 Cupcakes...

Faux chocolates...

 Ani dan adiknya Hajar dengan
hasil kreativiti mereka

Bergambar bersama anak2 murid

Buat Ani dan Hajar, terima kasih banyak2 kerana sudi datang dari jauh semata2 untuk menghadiri kelas faux cake bersama Soffeas Lil Cottage. Harapan akak, adik2 berdua berpuas hati dengan segala tunjuk ajar yang akak berikan. Jutaan kemaafan akak pohonkan seandainya ada salah dan silap akak di sepanjang kelas berlangsung. Seandainya ada apa2 kemusykilan yang dihadapi semasa proses membuat faux cake di Terengganu, jangan segan2 untuk hubungi akak ye? Akak doakan adik2 beroleh kejayaan di dalam apa jua bidang yang diceburi. Happy Crafting! 

Rasanya cukup sampai di sini dahulu buat kali ini. Insyaallah, di lain waktu kita bertemu lagi.