Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Tuesday, November 30, 2010

Corat-coret: SLC di Promosi Seramik 1Malaysia II



Bersama adik bongsu tersayang..

Assalamu`alaikum warahmatullah....

Semoga hidup kita hari ini lebih baik dari semalam; samada dari segi kehidupan seharian, mahupun tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada ALlah SWT.


Sepanjang lima hari yang lalu (24-28 November), SLC Craft House turut 'berkampung' di Kompleks Kraftangan Malaysia, Ampang. Seronok betul bila dapat berjumpa dengan semua pengusaha2 seramik dari seluruh Malaysia. Berkenalan dan bertukar2 fikiran, idea dan ilmu dari mereka yang telah lama berkecimpung di dalam industri ini. Sekiranya anda berkelapangan, jangan lupa untuk berkunjung ke Kompleks Kraftangan Malaysia di Jalan Conlay dan mencuba sendiri aktiviti kraf seperti mencanting batik, membuat seramik dari tanah liat, dan juga membuat kraf berasaskan kayu.


Berikut adalah gambar2 yang sempat dirakamkan sepanjang 5 hari kami di sana...

Proses mengeringkan 'magnetic cookies'

Ibu dan anak2 sedang menyiapkan
'magnetic cookies'..








Sebahagian 'magnetic cookies' yang telah dihasilkan
sebulan yang lalu...


Adik2 dari Kolej Komuniti Ulu Langat...



Salah seorang peserta Promosi Seramik turut 
sama mempelajari cara menghasilkan
teeny weeny cupcakes..


Pelancong dari Perancis..




Magnetic cookies dan cupcake...



Adik2 berketurunan Jepun ini, turut sama
mempelajari cara menghasilkan `teeny
weeny magnetic cupcakes`



Bergambar bersama Kak Azni 
dari Techno Ceramics

Acu sedang melekatkan magnet
dikelilingi adik2 yang datang
 berkunjung dari Kedah






Kek yang telah dihasilkan untuk
hari terakhir Promosi seramik
SOLD





Pengunjung2 dari Kuantan...


Buat semua yang telah memberikan sokongan, galakan dan perkongsian ilmu, jutaan terima kasih kami ucapkan. Tidak lupa juga kepada pihak penganjur, terima kasih di atas segala kerjasama dan kemudahan yang telah disediakan. Semoga industri kraf seramik dan kraf2 yang lainnya akan terus berkembang  dan berjaya menghasilkan produk 2 yang lebih kreatif juga inovatif dengan bantuan dan bimbingan dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia...

Monday, November 22, 2010

Faux Cake: Tempahan Pelanggan

Assalamu`alaikum warahmatullah...

Semoga kita semua sentiasa tetap berada di dalam nikmat IMAN dan ISLAM. Esok peperiksaan SPM akan bermula. Sebagai seorang ibu marilah kita sama2 mendo`akan agar semua anak2 kita dapat menghadapi peperiksaan SPM dengan jayanya...

Hari ni just nak uploadkan gambar2 faux patisseries tempahan seorang pelanggan. Buat Wati, akak mohon maaf di atas kelewatan memuat-turun gambar2 ni. Sekarang ni, sedang agak sibuk membuat persiapan untuk ke Promosi Seramik 1Malaysia  di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur yang akan bermula Rabu ini.
Insyaallah, esok pagi akak akan poskan; ada sebahagian varnis lapisan ke-3 yang belum kering sepenuhnya.

Berikut adalah faux patisseries yang telah disiapkan....



 



Rasanya cukup sampai di sini dahulu buat kali ini. Insyaallah, bertemu lagi di lain N3.

Saturday, November 13, 2010

Trash to Treasure: Miniature Shabby Tea Table and Chairs


Assalamu`alaikum warahmatullah....

Saya do`akan anda semua sentiasa ceria menghabiskan 'quality time' anda bersama keluarga tercinta. Buat anda dan diri saya sendiri, marilah kita sama2 berusaha meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Semoga segala amalan kita diterima ALlah swt.....

N3 kali ni, lain sedikit daripada biasa. Untuk hari ni, just nak share gambar2 miniature shabby tea table and chairs. Miniature furniture ni, saya hasilkan dari bahan2 terbuang.

Jika ada yang berminat, bolehlah hubungi saya di 019-3106825 atau emel ke soffeascrafthouse@gmail.com.







Miniature shabby tea and table set: 
RM15.00
Miniature shabby tea and table set plus two miniature faux cakes:
RM20.00


Cukup sampai di sini dahulu buat kali ini. Insyaallah kita bertemu kembali di lain paparan...BYE!