Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Tuesday, December 21, 2010

Tempahan: Faux cake with icing flowers

Assalamualaikum warahmatullah...


Apa agaknya menu hari ini? Kepada yang sedang sibuk menyediakan hidangan tengahari untuk keluaraga, "Selamat Memasak". Marilah kita sama2 memperbetulkan niat dan mengikhlaskan hati2 kita. Semoga segala penat lelah kita di dapur, mendapat ganjaran dari ALlah SWT. 


N3 hari ni berkisar tentang tempahan Full round cake tempahan dari seorang manager Avon. Pada kebiasaannya, saya letakkan artificial spongy flowers di atas kek tapi kali ini saya 'pipe' kan bunga icing di atas kek. Percubaan pertama!Agak ringkas dan berlainan dari biasa....


Berikut adalah gambar2 yang sempat saya rakamkan...


 Ketiga2 base kek saya
 warnakan dengan warna putih

 Kesemua 'wordings' saya
tulis dengan icing berwarna kuning

 Padanan warna turqoise-putih....

Purple-putih

Pink-putih

Buat Puan Kartini, jutaan terima kasih di atas tempahan yang berterusan sepanjang tahun ini. Semoga puan dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu di samping keluarga tercinta. Ok lah cukup sampai di sini dahulu buat kali ini. Insyaallah, berN3 kembali di lain ketika. 

Sunday, December 19, 2010

Kelas Faux Cake (16/12/2010)




Assalamu`alaikum warahmatullah....


Seiring dengan peredaran masa, maka semakin bertambahlah usia kita. Oleh itu, marilah kita sama2 memperbaharui IMAN, TAQWA dan AZAM kita. Semoga hidup kita hari ini sentiasa lebih baik dari hari2 yang telah kita lalui sebelumnya....


N3 hari ini masih berkisar pada kelas faux cake, yang telah diadakan pada hari Khamis yang lalu. Puan Dewi dari Papar, Sabah juga memilih pakej G untuk kelas tersebut. Berikut adalah gambar2 yang sempat dirakamkan semasa kelas berlangsung, kelmarin.




Puan Dewi sedang sibuk menyediakan
'base' untuk full round cake

Menyiapkan 'decorative piping'
di sekeliling kek

Menghias bahagian atas kek
dengan daun2 hijau

Tekun sekali Puan Dewi
menyiapkan ais-krim vanilla-strawberi

Puan Dewi sedang mencuba
menghasilkan 'vanilla swirl'

Slice cake orange vanilla..

 Segelas 'ice-cream sundae'
yang nampak begitu lazat..

Cupcake yang kelihatan sungguh enak

'Full round cake' yang cantik dan kemas...

Coklat berperisa strawberi yang dihasilkan
dengan begitu kemas dan menarik..

Inilah hasil kreativiti Puan Dewi; cantik, kemas
dengan padanan warna2 pastel yang baik.. 

Puan Dewi dengan hasil kreativitinya...

Bergambar kenangan bersama Dewi... 

Kepada Dewi, jutaan terima kasih kerana sudi menghadiri kelas faux cake bersama SLC Craft House.
Akak mohon berbanyak maaf seandainya ada kekurangan serta salah dan silap akak  di sepanjang kelas berlangsung. Akak do`akan Dewi berjaya di dalam perniagaan yang diceburi juga di dalam kerjaya sebagai seorang pendidik anak bangsa. Kepada mereka di Sabah yang ingin mendapatkan perkhidmatan andaman pengantin atau apa jua yang berkaitan dengannya, bolehlah menghubungi Dewi di 012-8682331.

Oklah...rasanya cukup sampai di sini dahulu buat kali ini. Buat Dewi sekeluarga, semoga selamat sampai ke Papar, Sabah. Insyaallah, kita bertemu kembali di lain waktu...   

Wednesday, December 15, 2010

Faux Cake: Coin box


Assalamu`alaikum warahmatullah...

Semoga kita semua sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta. Namun, walau apapun yang kita lakukan, marilah kita sama2 perbetulkan niat kita agar segala perkara yang kita lakukan mendapat pahala di sisi ALlah SWT...

Berikut adalah tempahan Chocolate Faux Cake Coin Box yang ditempah oleh Susan dari Sarawak 
  


Pandangan dari atas...

Mencabar jugak nak menyiapkan coin box ni;  lubang untuk membolehkan penerimanya 'insert coins' tu perlu ditebuk dengan teliti agar hasilnya elok dan rapi. Buat Susan, terima kasih kerana sudi berurusniaga dengan akak di SLC. Harapan akak, Susan berpuas hati dengan coin box yang telah akak hasilkan ini. Oklah, rasanya cukup sampai di sini dahulu buat kali ini. Insyaallah bertemu lagi di lain N3.

Tuesday, December 14, 2010

Faux Cake: Kotak hantaran

Assalamu`alaikum warahmatullah...


Salam Ma`al Hijrah buat semua sahabat2 dan pengikut2 setia Soffeas Lil Cottage. Semoga di tahun hijrah yang baru ini, kita sama2 dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Rabbul Jalil...


N3 hari ini adalah sambungan dari N3 kotak hantaran yang lepas. Berikut adalah gambar2 kotak hantaran yang telah siap sepenuhnya. Kotak2 ini telah ditempah oleh Ain untuk majlis pertunangannya yang telah pun berlangsung pada hari Sabtu yang lepas, di Johor Darul Takzim. Akak harap, Ain berpuas hati dengan kotak2 hantaran tersebut. Ain request supaya saya buatkan kotak hantaran dengan tema biru-putih bergaya inggeris.


Ain minta dituliskan
"Love is the beauty of the soul"

Pandangan dekat...


Kotak2 tu ada tiga size semuanya

 Kotak ni boleh dibuka di bahagian atas..
Di bahagian antara dua sempadan 
kotak tu pula ada tetingkap lutsinar






Buat Ain, jutaan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan  kepada akak untuk menghasilkan kotak hantaran buat tunang tersayang. Akak do`akan Ain berbahagia bersama si dia dan berkekalan sehingga ke akhir usia. Sekian dulu buat kali ini. Insyaallah kita bertemu kembali di lain waktu. Assalamu`alaikum.....

Sunday, December 12, 2010

Kelas Faux Cake (11/12/2010)

Assalamu`alaikum warahmatullah...

Semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah dan hati2 kita tetap berada di dalam jalan IMAN dan TAQWA.

Berikut adalah kelas faux cake yang telah diadakan pada 11 Disember, 2010. Puan Ida dari Sibu, Sarawak telah memilih Pakej G. Kelas bermula kira2 jam 1130 pagi dan selesai pada pukul 230 petang.  

Kak Ida, Sarah dan Husna
masing2 sibuk menyiapkan proses
'mewarna' pada faux pastries yang diberikan


Kak Ida begitu asyik
 menyiapkan Cherry-vanilla faux
 cake; nampak begitu menyelerakan...

Kak Ida, Sarah dan Husna
sedang sibuk menyediakan 'icing'
untuk faux pastries yang akan dihias...

Sarah begitu tekun mencuba
'swirl - piping'

Bersama berganding bahu 
menyiapkan 'tugasan' yang ada

Inilah faux pastries hasil kreativiti
Kak ida dan anak2, Sarah dan Husna;
"They look so sweet and yummy!"  

Kak Ida, 'a loving mother' 
dan anak2 yang comel2,  bergambar 
bersama faux  pastries yang telah dihasilkan

Buat Kak Ida dan anak2, terima kasih kerana sudi menghadiri kelas faux cake bersama saya di SLC Craft House. Saya seronok dapat mengajar akak dan anak2..Sarah dan Husna yang begitu comel dan keletah. Di kesempatan ini juga saya mohon jutaan kemaafan sekiranya ada salah dan silap saya di sepanjang kelas berlangsung. Sekiranya akak ada kemusykilan di dalam menjalankan projek faux cake bersama anak2 nanti, akak bolehlah menghubungi saya dari  masa ke masa.

Rasanya cukup sampai di sini dahulu buat kali ini. Saya do`akan akak dan anak2 selamat sampai ke Sibu, Sarawak. Insyaallah kak, kita bertemu lagi di lain waktu. Assalamu`alaikum.......


Thursday, December 9, 2010

Magnetic Faux Cookies

Assalamu`alaikum warahmatullah...


Salam ukhuwwah buat semua. Semoga anda semua sentiasa ceria menjalani kehidupan bersama keluarga tercinta. Marilah kita sama2 mengikhlaskan hati kita di dalam melakukan semua pekerjaan. Moga2 dengan itu ALlah akan memberkati segala usaha yang kita lakukan....


N3 hari ni just nak share tentang 'magnetic-hanging faux cookies'. Item ni telah saya siapkan sedikit2 sejak sebulan yang lalu khusus untuk dijual semasa Promosi Seramik 1Malaysia, baru2 ini. Berikut adalah sebahagian dari magnetic cookies yang sempat saya rakamkan gambar2nya. Jom layan.....








Magnet ni ada lima saiz; boleh rujuk gambar di bawah untuk membolehkan anda 'imagine' saiznya.

                                           
RM5.90

 RM7.90

 RM10.90

RM15.90



Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya di 019-3106825 atau emel ke soffeascrafthouse@gmail.com.
Sampai di sini dahulu buat kali ini. Insyaallah bertemu kembali di lain N3.