Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Friday, November 18, 2011

SLC Craft House di INTRADE 2011

Salam Ukhuwwah buat semua....


Dido`akan semuanya sentiasa diberikan ALLah kekuatan di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah ALlah di mukabumi ini.


Di kesempatan ini, saya just nak war-warkan yang  SLC Craft House akan mengambil bahagian di INTRADE 2011 yang akan berlangsung dari 22-24 November ini, bertempat di MATRADE EXHIBITION AND CONVENTION CENTRE, Kuala Lumpur. Terdapat kira-kira 400'exhibitors' yang didatangkan dari 15 negara lain yang akan sama-sama mengambil bahagian di INTRADE 2011 ini....


Sekian dulu....Jumpa lagi di lain N3!




Tuesday, November 15, 2011

Faux Cake:Tempahan Pelanggan

Assalamu`alaikum warahmatullah....


Saya do`akan agar kita semua ditetapkan hati...sentiasa berada di dalam landasan IMAN dan ISLAM.
Untuk N3 hari ni, just nak `share' gambar-gambar faux cake tempahan pelanggan, yang telah saya siapkan pada  minggu2 yang lalu.


 Tempahan Kak Peah, Singapura


Tempahan Kak Su, Singapura

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Kak Peah dan Kak Su di atas kesudian akak berdua berurusniaga dengan SLC Craft House. Insyaallah kak, kita jumpa minggu depan ye?.Saya do`akan akak selamat sepanjang perjalanan ...ASSALAMU`ALAIKU!M

Friday, November 11, 2011

Faux Macarons....

Assalamu`alaikum warahmatullah...


Bertemu kembali di alam siber. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam peliharaan ALlah selalu hendaknya...Untuk N3 malam ni hanya nak share beberapa jenis macaron yang telah disiapkan dalam tempoh dua minggu ini.


Jom kita sama2 jamu mata...


 Scented Faux Macarons:
 Rose essence, Vanilla dream, 
Strawberry fraise, Blue minty, 
Blackcurrant aroma and Pandan craze.


 Various designs of macarons 

Scented Macarons

  Handphone charm 


 Bright colours macarons


 Pastel colours macarons

 Faux macarons' accessories





 Scented macarons

Blue Minty Cream Macarons

Rose Essence Macarons

Sampai di sini dulu. Insyaallah kita bertemua kembali di lain N3. ASKM.....

Kelas Faux Cake (5/11/2011)

Salam Ukhuwwah buat semua...


Semoga ilmu dan amal kita sentiasa bertambah dari hari ke hari. Di samping itu, sama-samalah kita berdo`a agar hidup kita sentiasa dilindungi ALlah......


Berikut, di 'upload'kan beberapa foto yang sempat diabadikan di  sepanjang kelas FC pada Sabtu yang lepas. Yati dari Ampang memilih Pakej A sebagai tugasan. Jom, kita lihat hasil kreativiti Yati..





 Choc Slice Cake dengan 
buah-buahan dan taburan kekacang...

Raspberry-Vanilla Cupcake... 

Buat Yati, jutaan terima kasih kerana sudi bersama SLC Craft House untuk Kelas Faux Cake. Akak harap, Yati berpuas hati dengan perkongsian ilmu ini. Jika ada yang Yati kurang jelas, jangan segan-segan untuk bertanya dengan akak ye?. Insyaallah, akak akan cuba membantu dengan ilmu yang tidak seberapa ni.Jutaan kemaafan yang akak pohonkan jika ada salah dan silap akak di sepanjang kelas berlangsung.

Insyaallah jumpa lagi di lain waktu. ASKM.......

Thursday, October 27, 2011

Polymer Clay:Starter Kit

Salam Ukhuwwah buat semua,

Semoga hidup kita hari ini adalah jauh lebih baik dari hari2 yang telah berlalu...

Ramai juga peminat2 kraf clay ni, yang bertanyakan tentang POLYMER CLAY STARTER KIT. Kemaafan yang saya pinta kerana setelah sekian lama sahabat2 mencadangkan, baru kini saya berkesempatan untuk `mengadakan' kit permulaan ini. Oleh itu, di sini saya uploadkan gambar2 untuk POLYMER CLAY STARTER KIT buat makluman semua.

Terdapat DUA set kit permulaan buat masa ini:



Macaron`s Set for kid 
RM55.00
i. 3 x 16gm polymer clay
ii. sebekas kecil faux cake cream
iii. Dua pasang macaron`s shell (yang telah siap)
iv. 1 sample of ready made tiny macaron 
v. 2 handphone string
vi. 1 keychain plus eye pin
vii. 1 nozzle
viii. 2 eye pin (size 2)
ix. 2 magnet (20 mm)
x. 3 pcs piping bag
xi. DIY instruction


Lollipop`s set for kid
RM 35.00
i. 3 x 16gm polymer clay
ii. 3 batang lollipop`s stick
iii. 2 handphone string plus eye pin
iv. 1 sample lollipop (ready made)
v. 1 sample of candy cane stick*
vi. 1 wooden keychain*
vii. 2 magnet (20mm)
viii. 2 eye pin (size 2)
x. DIY instruction
*not in the picture


Sekian dulu. Insyaallah bertemu kembali di lain N3.ASKM.....

Monday, October 24, 2011

My Bottle Decorating Project

Salam sejahtera buat semua.....

Apakhabar?Semoga berbahagia selalu di samping keluarga tercinta...

Untuk N3 hari ini just nak berkongsi dengan sahabat2 semua tentang projek menghias botol saya yang terbaru. Jom layan!




Sampai di sini dulu. Insyaallah bertemu kembali di lain paparan....ASSALAMU`ALAIKUM!

Saturday, October 22, 2011

DIY Teacup Crafts: Inspirasi dari negara barat

Assalamu`alaikum warahmatullah....

Selamat berhujung minggu bersama keluarga tercinta.....Untuk N3 hari ni just nak uploadkan beberapa projek DIY yang telah dihasilkan oleh insan2 yang sangat kreatif dari negara barat.Sekiranya anda berminat untuk mengetahui kaedah menghasilkannya, sila klik link di bawah (jika ada disertakan LINK nya):


Happy viewing!. 

Teacup stand lamp




Clock made from a plate
Plate Clock
Tea cup cake stand
Teacup cake stand


Cupcake stand


Teacup Terrarium

DIY plate mirrors
Plate Mirrors


Teapot Lamp


Sekian dulu......Semoga mendapat manfaat dari N3 hari ini. ASKM!

Thursday, October 20, 2011

Kelas Faux Cake

Salam Ukhuwwah dihulurkan buat semua....


Alhamdulillah kerana masih dapat membuat N3 untuk hari ini. Berikut di 'upload'kan gambar-gambar beberapa kelas faux cake yang telah pun dijalankan baru-baru ini.Buat adik Sabrina, gambar2 yang diambil semasa kelas dulu, tak dapat lagi makcik nak uploadkan hari ini.Insyaallah, di dalam N3 yang akan datang makcik akan uploadkan.

Kelas FC 19/10/11
 Faux pastries hasil kreativiti Yus


Yus dari Seberang Perai



Kelas FC awal Oktober
Lela dari Petaling Jaya

 Faux pastries hasil kreativiti Lela


Buat Yus dan Lela, jutaan terima kasih kerana sudi menghadiri kelas FC bersama SLC Craft House.Kemaafan yang akak hulurkan seandainya ada tersilap kata, terlanjur bicara di sepanjang kelas berlangsung. Akak harap adik2 berdua mendapat ilmu yang bermanfaat dari tunjuk ajar akak yang tidak seberapanya ini. Kepada sahabat2 yang ingin mempunyai produk kosmetik mengikut jenis kulit anda, atau formulasi anda yang tersendiri, bolehlah berhubung terus dengan Yus.Jika ada yang ingin membuat tempahan kek untuk santapan keluarga pula, boleh juga menghubungi Lela di Petaling Jaya.

Sampai jumpa lagi.ASKM....


Tuesday, October 18, 2011

Do It Yourself Project:Teapot table lamp

Salam Ukhuwwah buat semua...


Untuk N3 hari ini, saya uploadkan satu tutorial DIY untuk manfaat kita bersama.
Sebenarnya, memang dah lama sangat teringin untuk memiliki lampu berterendak yang berkaki `teapot-cup-saucer' ni. Walaubagaimanapun, oleh kerana harganya terlalu mahal (mengikut budget kewangan saya), maka terpaksalah saya pendam je hasrat hati ini untuk memilikinya.


Suatu hari tu, oleh kerana terlalu minat saya pun buat random browsing untuk mendapatkan maklumat di internet berkenaan teapot lamp ni. 

Finally, saya `terjumpa' DIY tutorial berikut yang telah diposkan oleh Paul Lowe dari Country Living. Berikut adalah langkah2 untuk menghasilkan teapot lamp ini seperti yang ditunjukkan eh Paul Lowe.

Teapot lamp yang dihasilkan oleh Paul



Masukkan `self-hardening clay' ke dalam
cawan yang paling atas sekali. Tekankan
soket, wayar dan pemegang terendak (harp)
ke dalam clay (sebelum clay mengeras/kering)

Susun teko, piring, mangkuk dan cawan ikut
suka dan lekatkan menggunakan epoxy glue 
atau glue lain yang sesuai. Biarkan glue dan
 clay kering dalam masa 24 jam.



Untuk tutorial lengkap, sila klik

Jumpa lagi! SELAMAT MENCUBA..........


**Mangkuk/teko yang digunakan untuk bahagian `base' lampu mestilah lebih berat berbanding benda2 yang di atasnya. 
**Teko, cawan, piring yang lama atau yang dah tiada pasangannya janganlah dibuang tapi gunakan semula untuk projek DIY ini.