Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Monday, January 31, 2011

Air Dry Polymer Clay: Food miniatures


Assalamu`alaikum warahmatullah...


Semoga hidup kita semua sentiasa di dalam kebahagiaan dan keceriaan...
Untuk N3 hari ini, saya uploadkan foto-foto yang menunjukkan beberapa contoh 'food miniatures' yang boleh dihasilkan dari 'air dry polymer clay'. 


'Food miniatures' ini, dihasilkan dari campuran polymer clay yang berlainan warna. Ianya ringan dan sesuai digunakan sebagai 'handphone-charm, 'key-chain' atau hiasan pada faux cupcakes (ibarat fondant). Bagi mereka yang telah membeli polymer clay bewarna putih, anda hanya perlu bentukkannya terlebih dahulu; setelah kering, barulah diwarnakan mengikut kesukaan anda.Setelah itu, bolehlah dikilatkan dengan beberapa lapis sapuan 'waterbased varnish' (matt/glossy).


Jom layan.....
 

 

OK...sampai di sini dahulu. Insyaallah berjumpa lagi di lain N3. ASKM!   

Sunday, January 30, 2011

Kelas Faux Cake pada 29/1/2011



Assalamu`alaikum warahmatullah...


Dido`akan semoga hidup kita semua sentiasa dilimpahi dengan RAHMAH dan MAWADDAH ALLAH..


N3 hari ini memaparkan foto2 Kelas Faux Cake yang telah pun berlangsung petang kelmarin. Puan Wizana dari Sungai Buloh memilih Pakej B sebagai tugasan untuk disiapkan sepanjang kelas berlangsung. Kelas bermula jam 215 petang dan selesai sekitar jam 5 petang...


Zana sedang menyiapkan
`swirl' di tengah2 kek potong...

Begitu tekun menyiapkan 'piping'
di bahagian sempadan bawah kek potong

Inilah faux patisseries hasil idea kreatif Zana.
Semuanya dibuat menggunakan warna2
 pastel yang lembut; Selembut orangnya....

Buat Zana, jutaan terima kasih kerana sudi menghadiri kelas faux cake bersama akak di SLC Craft House.
Jika ada salah dan silap, akak mohon berbanyak2 maaf. Akak do`akan Zana diberikan ALlah kekuatan dan kesabaran di dalam menghadapi dugaan hidup dan dipermudahkan ALlah segala urusan. Semoga Zana berjaya di dalam bidang yang diceburi. HAPPY CRAFTING! 

Saturday, January 29, 2011

Faux Lollipops dan Donuts

Assalamu`alaikum warahmatullah....

Apakhabar semua?Dido`kan semuanya sentiasa di dalam sihat sejahtera selalu, hendaknya. Semoga  pada hari cuti hujung minggu ini, kita dapat sama2 melakukan aktiviti2 yang bermakna bersama anak2, suami dan keluarga tersayang....

Untuk N3 hari ini, just nak share beberapa foto faux lollipops dan donuts yang telah dihasilkan beberapa minggu yang lalu. Jom kita sama2 lihat hasilnya......

 Ini adalah faux lolli yang dihasilkan 
oleh anak saya yang sulong. Semua
 faux lolli tu diperbuat dari polymer clay 

Spiderweb Faux donuts...

Ok... Jumpa lagi. Assalamu`alaikum .....

Monday, January 24, 2011

Faux Cake: Kelas pada 22/01/2011


Assalamu`alaikum warahmatullah...


Apa agaknya agenda hidup anda hari ini? Buat peringatan untuk diri saya sendiri dan juga untuk anda semua, walau sesibuk mana pun kita degan urusan dunia, marilah kita sama2 memuhasabah diri ini, agar tahap Iman kita hari ini adalah lebih baik dari hari yang sebelumnya....


N3 hari ini masih lagi tentang kelas faux cake yang telah pun diadakan pada hari Sabtu yang lepas (22/01/2011). Ina dari Batu Caves memilih Pakej A dan special request untuk belajar membuat clay roses
dari polymer clay. Pagi2 hari Sabtu tu, seawal jam 930 pagi Ina dah sampai. Akak mohon maaf ye Ina kerana terlewat sedikit memulakan kelas. Al-maklumlah tiap hari Sabtu banyak urusan yang terpaksa diselesaikan...

 Ina sedang tekun menyiapkan
'clay roses'; Ina ni memang peminat 
bunga ros dan Ina mempunyai banyak
 koleksi barang2 yang bertemakan `roses'.

Ina sedang membuat bancuhan 'pop'...

Inilah 'faux patisseries' dan
 clay roses hasil kreativiti Ina.

Buat Ina, jutaan teima kasih kerana sudi datang belajar dengan akak di SLC Craft House. Akak mohon maaf jika ada kekurangan atau salah dan silap akak sepanjang kelas berlangsung. Jika Ina ada kemusykilan di masa depan, jangan segan2 untuk hubungi akak ye? Akak do`akan Ina berjaya di dalam bidang yang diceburi dan teruskan berkarya dalam seni decoupage juga folk art paintings. Buat mereka yang ingin melihat hasil kreativiti Ina atau ingin menempah, bolehlah lawati facebook Ina di 'Azlina Amjah'.

Oklah; Cukup sampai di sini dahulu untuk kali ini. Insyaallah kita bersua kembali di lain N3. ASKM..

Thursday, January 20, 2011

Faux Cakes: Kelas pada 20 Januari, 2011


Assalamu`alaikum warahmatullah.....

Dido`akan kita semua sentiasa di dalam limpahan RAHMAH ALlah SWT. Marilah kita sama2 berusaha memperbaiki tahap IMAN dan TAQWA kita dan memastikan agar diri kita sentiasa berada di dalam jalanNYA yang satu hingga ke akhir usia.

N3 hari ini juga tentang Kelas Faux Cake yang telah pun berlangsung kira2 jam 12.00 tengahari tadi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Liyana request special package iaitu 'one full cake and ice-cream'. Walaupun Liyana dah pernah menghadiri kursus faux cake sebelum ini, namun disebabkan minat yang mendalam untuk mengetahui teknik yang berbeza di dalam pembuatan faux cake, kali ini Liyana berkunjung pula ke SLC Craft House bagi memantapkan lagi pengetahuan di dalam seni kraf kek hiasan ini.

Kek coklat dengan kepingan 
coklat di bahagian tengah kek

Inilah hasil kreativiti Liyana; Faux Patisseries Liyana
bertemakan warna coklat dan merah jambu.

Buat Liyana, terima kasih kerana sudi datang ke Kelas Faux Cake bersama akak di SLC Craft House. Akak mohon jutaan kemaafan seandainya ada salah dan silap akak di sepanjang kelas berlangsung. Harapan akak, Liyana berpuas hati dengan `ilmu' yang akak kongsikan. Moga Liyana akan beroleh kejayaan di dalam bidang keusahawanan yang diminati. Kalau ada apa2 kemusykilan, Liyana boleh hubungi atau sms akak. Insyaallah akak akan membantu di mana yang termampu. Ok Liyana, HAPPY CRAFTING!

Monday, January 17, 2011

Faux Cakes: Kelas pada 14 Januari, 2011




Assalamu`alaikum warahmatullah....


Salam Mawaddah buat semua sahabat2 dan pengunjung2 setia SOFFEAS LIL COTTAGE....Moga hari ini lebih baik dari semalam.


N3 hari ini berkisar tentang Kelas Faux Cake yang telah pun berlangsung pada hari Jumaat (14/01/2011) yang lepas. Pakej F menjadi pilihan Ita, yang datang dengan minat yang tinggi dan semangat yang berkobar2 untuk mempelajari kaedah menghasilkan faux cake. Kata Ita, duduk dari pagi sampai petang pun tidak mengapa, asalkan kek yang dihasilkan tu benar2 cantik ....


Kesemua tugasan yang diberikan, dibuat dengan penuh teliti. Kelas bemula jam 1 tengahari dan selesai kira2 jam 6 15 petang.Berikut adalah gambar2 yang sempat dirakamkan semasa kelas berlangsung pada minggu yang lalu. 





Buat Ita, jutaan terima kasih kerana sudi untuk menghadiri kelas faux cake bersama akak di SLC Craft House.Akak mohon maaf sekiranya ada salah dan silap akak sepanjang pertemuan kita. Terima kasih jua di atas ilmu'decoupage' yang dikongsi bersama.Akak amat menghargainya. Moga persahabatan kita akan berkekalan....

Saturday, January 15, 2011

Full Round Cake: Ready Stocks


Assalamu`alaikum Warahmatullah...


Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan dikurniakan kita kesabaran dan kecekalan hati di dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup.


Untuk N3 hari ini, saya just nak uploadkan gambar2 Full Round Cake yang telah pun siap. N3 ni ditujukan khusus buat Puan Nora dari Kemaman, Terengganu. Nora boleh tengok gambar2 ni; kemudian, boleh sms akak corak dan warna kek yang Nora inginkan. Okay Nora..HAPPY VIEWING!.


Cottage whiteNBlue Faux Cake

Chocolate-Coffee Faux Cake

Sampai di sini dulu. Insyaallah kita bertemu lagi di lain paparan....


Monday, January 10, 2011

Faux Cakes with Clay Fruits and Flowers For Sale


Assalamu`alaikum warahmatullah...


Apakhabar? Saya do`akan semuanya sentiasa di dalam sihat sejahtera selalu...Semoga hidup kita tidak putus dari limpahan RAHMAH dan MAWADDAH ALlah SWT. Alhamdullillah, dapat juga saya berN3 pada malam ini. Apa yang hendak saya paparkan malam ini, hanyalah gambar2 faux cakes yang telah sempat saya siapkan minggu yang lalu. Jika ada yang berminat, bolehlah menghubungi saya di 019-3106825 atau emel ke soffeascrafthouse@gmail.com.


Chocolate Bundt Cake with clay strawberries
RM18.00

 Full Round Cake with clay flowers
RM48.00

 Cupcakes with handmade clay flowers (4)
RM17.00 each

Oklah.. rasanya cukup sampai di sini dahulu untuk kali ini. Insyaallah kita bersua lagi di lain N3.Assalamu`alaikum.....

Saturday, January 1, 2011

Bengkel Magnet Cookies bersama MBPJ dan Kolej Komuniti Ulu Langat

Assalamu`alaikum warahmatullah....


Buat semua "SELAMAT TAHUN BARU 2011". Semoga tahun ini membawa sejuta RAHMAH dari ALlah SWT. Sama2 lah kita perbaharui niat, tekad dan semangat serta berusaha dengan lebih bersungguh2 di dalam mencapai segala yang telah dirancangkan. Marilah kita sama2 berdo`a agar ALLah mengurniakan kita kesihatan yang baik, usia yang panjang juga dipermudahkan kita menjalani hidup sebagai khalifah di muka bumi ini....


Dah agak lama juga saya tidak membuat N3. Berikut adalah gambar2 yang sempat saya rakamkan sepanjang Bengkel Kemahiran Menjana Pendapatan yang telah pun berlangsung di Dewan PJS 6, Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada hari Khamis yang lepas. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan bengkel yang tersebut di atas. Sumbangan dan kerjasama semua, kami dahului dengan ucapan terima kasih....

Krim yang telah siap di pekkan

Pek magnet-cookies yang telah siap...
untuk diagih2kan kepada peserta bengkel...

Petugas2 dari Kolej Komuniti Ulu Langat...

Peserta2 yang terpilih menyertai
bengkel menjana pendapatan...

Sebahagian peserta sedang sibuk menyiapkan
cookie magnet masing2...

Membantu peserta2 di dalam
memahirkan diri dengan teknik 'piping'


Yang berbaju hijau tu adalah
petugas2 dari MBPJ...

Bengkel disertai oleh pelbagai kaum....

Makcik2 ni pun bersemangat untuk
mempelajari teknik menghasilkan cookie magnet

Auntie Sumathi menunggu  
untuk step yang seterusnya....

 Ain dari Kolej Komuniti, turut sama
membantu menghasilkan magnet cookies

Si cilik yang cute ni pun terpilih juga
untuk menyertai bengkel...



Bergambar kenangan bersama petugas2
 dari MBPJ dan Kolej Komuniti Ulu langat

Jutaan terima kasih buat Puan Yuzi dan  Ain dari Kolej Komuniti Ulu Langat yang telah menjemput kami sebagai penceramah sekaligus pengendali bengkel untuk program yang tersebut di atas. Tak lupa juga kepada semua penaja, penganjur, pegawai2 dan petugas2 dari MBPJ, dan Kolej komuniti, terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. Buat makcik2, kakak2 dan adik2 peserta2 bengkel tahniah kerana telah berjaya menjalankan tugasan yang diberikan. Insyaallah, kita bertemu lagi di sessi bengkel yang lain.