Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Friday, February 18, 2011

Hari Kraf Kebangsaan 2011 (HKK 2011)

Assalamu`alaikum warahmatullah...


Semoga apa yang kita lakukan hari ini adalah lebih baik dari apa yang kita lakukan kelmarin....
Buat pengetahuan semua Soffeas Lil' Cottage (SLC Craft House) akan berkampung di Kompleks Kraf, di Jalan Conlay, Kuala Lumpur bermula pada 23 Februari hingga 7 Mac depan. Oleh yang demikian, sebarang tempahan yang dibuat dalam waktu ini, kami hanya akan dapat menyiapkannya dalam masa dua-tiga minggu dari tarikh akhir HKK berlangsung. Kami memohon jutaan kemaafan jika ada tempahan yang agak lewat disiapkan kerana buat masa ini kami sedang sibuk membuat persediaan untuk ke HKK 2011.


Marilah kita sama-sama meraikan HARI KRAF KEBANGSAAN 2011 dengan mengunjungi tapak promosi di Kompleks Kraf, Kuala Lumpuri. Terdapat hampir 500 booth produk kraf yang boleh anda lawati. Kami sendiri, SLC Craft House akan berada di:


 BOOTH No. BSK085 (Aras bawah Seri Anjung dan Seri Cipta),
Bahagian Seramik, logam dan aneka kraf..

Hari Kraf Kebangsaan 2011 (National Craft Day 2011)
Tarikh :23 Feb 2011 - 07 Mac 2011
Lokasi :Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Maklumat Lanjut :
Hari Kraf Kebangsaan 2011 menghimpunkan produk kraf
seluruh negeri yang berkualiti dan berinovasi dengan
rekaan motif tradisional, moden dan kontemporari bagi
penggayaan hidup masa kini.

'Kraf Menjana Ekonomi'


Jumpa Anda di Sana........

Wednesday, February 16, 2011

Do It Yourself: Cake stand


Assalamu`alaikum warahmatullah...


Apakhabar? Semoga hari2 yang kita lalui membawa  keceriaan dan keinsafan diri yang tidak terhingga. Sama-samalah kita berdo`a kepada ALlah agar hidup kita di hari-hari yang mendatang mendapat limpahan RAHMAH dari Allah yang maha pemurah.


Hari ni, just nak share satu projek yang amat mudah dilakukan sendiri. Saya akan menunjukkan cara yang paling mudah dan murah bagi menghasilkan satu 'ceramic cake stand'.


Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:
Cawan/gelas seramik, pinggan seramik, epoxy glue (atau yang seumpamanya), kayu ais-krim (untuk mencampurkan gam), buku tebal (sebagai pemberat).


Kaedah:
1. Terlangkupkan cawan pada tengah2 belakang pinggan
2. Guna 'marker' untuk menandakan bulatan  mengikut bentuk cawan.
3. Sapukan gam epoxy dengan cepat pada bahagian pinggan yang telah ditandakan.
4. Lekatkan bahagian 'mulut' cawan pada pinggan yang telah disapukan dengam gam
5. Letakkan pemberat di atas belakang cawan tadi.
6. Biarkan ia kering (ikut arahan pada label)
** Saya biarkan semalaman
** Berhati-hati semasa menggunakan gam epoxy kerana campurannya akan menghasilkan haba...


Cawan dan pinggan ni, total kedua-duanya
dalam lingkungan RM5.00 je...

Letakkan buku-buku tebal di atas 
bahagian belakang cawan untuk
mendapat lekatan yang baik

Inilah hasilnya
'Cake Stand I'

  'Cake Stand II'
 Boleh guna apa jua saiz pinggan
mengikut citarasa anda

'Cake stand III'

Oklah...rasanya saya berhenti setakat ini dahulu. Insyaallah kita bertemu lagi dengan projek DIY yang lain. Bye!


Saturday, February 12, 2011

Faux Cake: Tempahan Pelanggan

Assalamu`alaikum warahmatullah...

Dah hampir dua minggu tak ber N3. Alhamduliillah..pagi ni dapat juga saya membuat N3 yang baru. Berikut adalah tempahan pelanggan yang telah disiapkan. Saya mohon berbanyak2 maaf di atas kelewatan menyiapkan tempahan yang diminta. Tempahan2 ini tidak dapat disiapkan dengan cepat memandangkan ada banyak komitmen lain yang memerlukan penumpuan yang maksimum dari saya.

Cupcakes pelbagai warna (saiz M)

Full round cake
6" x 2"

Faux coffee cake with cherry toppings 

Ok...Insyaallah bertemu kita di lain paparan. Bye!