Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Monday, March 28, 2011

Corat-coret di Laman Seni, Putrajaya

 Assalamu`alaikum warahmatullah...


Apakhabar semua? Semoga kita semua sentiasa di dalam sihat sejahtera selalu hendaknya. Di sampig itu, marilah kita sama2 memohon ke hadrat ALlah agar, hati2 kita tetap berada di atas jalanNya yana satu iaitu Jalan Iman dan taqwa...


Berikut adalah sebahagian daripada gambar2 yang sempat dirakamkan sepanjang SLC di Laman Seni, Putrajaya.

 Pelancong dari Taiwan..


 Tiny cc (magnetic)



Sebahagian produk yang dijual...


Watie sedang menyiapkan faux cake...

Watie bersama anaknya..
 dengan faux cake yang dihasilkan

 



Suasana malam di Laman Seni...

Oklah...rasanya cukup sampai di sini dahulu untuk kali ini. Insyaallah bertemu kembali di lain N3.....ASKM!

Friday, March 25, 2011

SLC Craft House di Laman Seni, Precint 2, Putrajaya

Assalamu`alaikum warahmatullah...


Salam Jumaat buat semua sahabat2 dan pengunjung setia Soffeas Lil Cottage. Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari ALlah SWT....


Hari ni just nak war-warkan yang kami SLC Craft House (Soffeas Lil Cottage) akan berada di Laman Seni, Precint 2, Putra jaya pada Sabtu (26/03/2011) dan Ahad (27/03/2011) ini. Laman Seni akan bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 10.00 malam (Gerai No. 11).


Berikut adalah antara produk2 yang akan kami promosikan di Laman Seni tersebut:



 Cupcakes: Size L, M, S



 Tiny cupcakes: super light
  
Tiny cupcakes: common one (pop based)
(semuanya bermagnet)

Selain dari yang disebutkan tadi, kami juga akan menjual sekali bahan2 mentah seperti pop, magnets, acrylic colours, polymer clay, paper clay, and terracotta clay. Ade juga yang request nak join kelas kat sana. Insyaallah, kalau tempat dan suasananya sesuai...kami akan turut mengadakan kelas di sana...

Jumpa di sana...... ASKM.

  

Wednesday, March 23, 2011

Corat-coret di Sambutan Hari Wanita, Peringkat Negeri Selangor 2011

Assalamu`alaikum warahmatullah...


Apakhabar semua? Semoga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh ALlah SWT....


N3 hari ini memaparkan gambar2 yang sempat diabadikan semasa menjayakan Sambutan Hari Wanita Sedunia, Peringkat Negeri Selangor (Kompleks PKNS) pada awal Mac yang lepas.


Ada kira2 sepuluh gerai yang turut sama menjayakan program pada hari tersebut. Majlis diisi dengan acara2 yang menarik dan cukup berfaedah khusunya buat kaum hawa.....





Seronok jugak dapat bersama dan berkenalan dengan usahawan2 muslim yang lain di dalam menjayakan majlis sambutan tersebut. Majlis bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir sekitar jam 6.30 petang. 

Tuesday, March 22, 2011

Kelas Faux Cake (15/03/2011)

Assalamu`alaikum warahmatullah...


Semoga hidup kita semua sentiasa di dalam sihat sejahtera selalu....


N3 kali ini masih juga berkisar tentang kelas faux cake yang telah diadakan pada 15hb. Mac, 2011 yang lalu. Yati dari Bangi memilih pakej H sebagai tugasan untuk kelas pada hari tersebut.


Berikut adalah sebahagian dari gambar2 yang sempat dirakamkan....

Walaupun kurang sihat, Yati dengan
 penuh semangat meneruskan juga kelas
faux cake pada hari itu...

Inilah sebahagian dari faux pastries
yang dihasilkan oleh Yati..

 Yam-cherry faux cake

 Faux chocolate praline

Garden-theme faux cupcake 

Buat Yati, jutaan terima kasih kerana sudi datang berkunjung ke SLC Craft House untuk mempelajari teknik menghasilkan kek hiasan. Akak mohon maaf jika ada salah dan silap akak di sepanjang kelas berlangsung. Sekiranya Yati ada sebarang kemusykilan, jangan segan2 untuk bertanya. Insyaallah akak akan membantu di mana yang boleh. Rasanya sampai di sini dahulu buat kali ini. Jumpa lagi! ASKM......

Monday, March 21, 2011

Kelas Faux Cake (12/03/2011)


Assalamu`alaikum warahmatullah...
Semoga hidup kita sentiasa mendapat RAHMAH dari Allah SWT dan ceria lagi bahagia di samping orang-orang yang kita sayangi...

N3 hari ini adalah berkenaan kelas faux cake yang telah pun berlangsung pada Sabtu, 12 hb. Mac, 2011 yang lalu. Siti dari Subang, request untuk belajar satu 'full cake dan satu 'slice cake'.

Berikut, adalah gambar2 yang sempat dirakamkan...... 


Begitu tekun menyiapkan choc-strawberi slice cake

Siti yang cute ni, ceria bersama 
faux cake yang dihasilkan

Inilah dia faux cake hasil kreativiti
ibu muda yang ceria ni...

Slice cake yang dihasilkan

Buat Siti, jutaan terima kasih kerana sudi datang mempelajari kaedah membuat faux cake bersama akak di Soffeas Lil Cottage. Akak gembira dan seronok sangat dapat berkenalan dengan Siti. Rasanya macam dah lama kenal. Kalau Siti ada kemusykilan, jangan segan2 untuk bertanya akak. Insyaallah, akak bersedia membantu ...Ok..rasanya sampai di sini dahulu buat kali ini. Insyaallah, bersua kembali di lain N3. ASKM...

Thursday, March 17, 2011

Corat-coret di Hari Kraf Kebangsaan 2011

Assalamu`alaikum warahmatullah....


Alhamdulillah..akhirnya dapat juga saya berN3 pada hari ini setelah hampir sebulan tidak berkesempatan mengemaskini blog. Berikut adalah gambar2 yang sempat dirakamkan sepanjang berada di Hari Kraf Kebangsaan 2011, baru-baru ini.














 


 










Kelas-kelas yang telah berlangsung sepanjang HKK 2011















Antara gambar2 faux cake yang  dihasilkan oleh para pelajar di HKK 2011.








Sekian. Jumpa lagi di lain 'N3'. Assalamu`alaikum....