Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Wednesday, April 27, 2011

Kelas Faux Cake (26/04/2011)

Assalamu'alaikum warahmatullah...


Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini.  Saya do'akan semuanya sentiasa di dalam sihat sejahtera selalu hendaknya.


N3 hari ini masih lagi berkisar tentang Kelas Faux Cake, yang telah diadakan kelmarin. Aishah dari Bangi, memilih Pakej B sebagai tugasan. Aishah merupakan salah seorang pelanggan SLC Craft House yang telah membeli banyak juga faux Cake kami semasa promosi di JUSCO, Balakong tidak lama dulu. 


Peminat hiasan dalaman bergaya inggeris ini, telah memperuntukkan masa sekitar 2-3 jam kelmarin semata2 untuk merasai sendiri pengalaman menghasilkan faux cake mengikut citarasa diri sendiri.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan....


 Sedang menyiapkan base cupcake...

 Tekun mewarnakan 'slice cake'

 Aishah sedang menyiapkan 'decorative piping'

 Inilah faux slice dan cupcake
hasil kreativiti Aishah
'ringkas dan menarik'

Buat Aishah, terima kasih kerana memilih SLC Craft House untuk mempelajari ilmu membuat faux cake. Akak do'akan Aishah berjaya di dalam bidang yang diceburi. Di kesempatan ini, akak memohon jutaan kemaafan seandainya ada salah dan silap akak sepanjang kelas berlangsung. Jika ada sebarang kemusykilan di masa hadapan, Aishah boleh menghubungi akak. Akak yakin dengan banyakkan 'practice', lama-kelamaan Aishah akan dapat menghasilkan faux cake yang cantik...Jumpa lagi.ASKM!

Sunday, April 24, 2011

Kelas Faux Cake (23/04/2011)

Assalamu'alaikum warahmatullah.....


Salam ukhuwwah buat semua....Dido'akan hidup kita sentiasa dipenuhi dengan akativiti2 yang bermanfaat untuk hidup kita di dunia mahupun akhirat...


N3 hari ini berkisar tentang Kelas Faux Cake yang telah berlangsung kelmarin. Kak Norizah dari Pulau Pinang, telah memilih Pakej E sebagai tugasan. Kelas bermula kira2 jam 1040 pagi dan berakhir sekitar jam 1 tengahari.


 Kak Noor sedang tekun meyiapkan
'decorative piping' di sekeliling faux cake

 Sibuk menyiapkan hiasan pada 'slice cake'

 Inilah faux cakes hasil kreativiti Kak Nor

'Chocolate cake' yang nampak
 begitu menyelerakan... 


Buat Kak Nor, terima kasih banyak2 kerana sudi menghadiri Kelas Faux Cake bersama saya di SLC Craft House. Saya mohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan akak untuk mengadakan kelas pada akhir Mac yang lepas.Walau bagaimanapun, alhamdulillah dengan izin ALlah, dapat juga kita bersua kelmarin.
Harapan saya, akak berpuas hati dengan sedikit ilmu yang saya kongsikan dan kemaafan saya pohonkan jika ada salah dan silap saya sepanjang kelas berlangsung. Jika ada sebarang kemusykilan, akak boleh terus menghubungi saya.Saya do'akan akak selamat sampai ke Pulau Pinang. ASKM...
  
Assalamu'alaikum warahmatullah...Alhamdulillah, promosi kraf di Jusco Balakong dah pun berakhir. Terima kasih buat semua yang telah sama2 menjayakan dan memeriahkan lagi promosi kraf di sana. Walaupun kraf faux cake ini mungkin telah biasa kepada kita yang meminati seni dekorasi bergaya inggeris, tetapi di luar sana masih ramai lagi yang tidak mengetahui akan kewujudan kraf kek hiasan ini. Memang penat kerana terpaksa berulang alik selama tiga belas hari dari Shah Alam ke Balakong. Namun begitu, alhamdulillah..segala pengorbanan masa dan tenaga tidak sia2. Rezeki dari ALlah memang tidak dapat dijangkakan...

Jom! kita sama2 saksikan paparan suasana sepanjang Promosi Kraf di Jusco, Balakong:




Puding, cupcake magnet, cupcakes dan personal
  cake merupakan produk yang paling laris dijual







Azilah (Seremban) dan puteranya...

Kak Noor (Cheras) dan Lin (Sg. Long)

 Ika dari Cheras...

Lina dari Perak...

Tempahan dari Eza...

Lollipops hasil kerjatangan Hilmi (my eldest son)

Pudings....SOLD

Faux cakes hasil kreativiti pelajar
sepanjang di JUSCO Balakong





Sampai di sini dahulu. Insyaallah bertemu kembali di lain N3! ASKM......

Saturday, April 23, 2011

Bengkel Faux Cupcake di Institut Pendidikan Guru, Cheras

Assalamu'alaikum warahmatullah....

Buat semua, salam ukhuwwah saya hulurkan sekali lagi. Dah agak lama tidak berpeluang untuk mengemaskini blog. Saya do'akan perjalanan hidup kita semua sentiasa di dalam perlindungan ALlah.....

Untuk N3 hari ini, just nak share gambar2 sepanjang bengkel bersama pendidik2 anak bangsa yang telah dijalankan di Institut Pendidikan Guru, Cheras.Ada seramai kira2 39 orang guru2 dari pelbagai pengkhususan yang telah sama2 menjayakan program tersebut. 

Jom kita sama2 lihat gambar2 yang sempat dirakamkan pada penghujung Mac yang lalu...






Berikut adalah sebahagian dari
faux cupcake yang telah dihasilkan
oleh para pendidik anak bangsa kita...





Buat pihak penganjur dan semua yang sama2 mengikuti bengkel tersebut, SLC Craft House mengucapkan jutaan terima kasih. Harapan kami, semua yang ada berpuas hati dengan apa yang kami 'sajikan'. Sekiranya ada salah dan silap, kami mohon jutaan kemaafan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALlah dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kami sendiri. Insyaallah kita bertemu kembali di sessi bengkel yang lain. ASKM...


Wednesday, April 6, 2011

SLC: Bengkel Bersama MPP Zon 5, Shah Alam

Assalamu`alaikum warahmatullah....
Semoga hidup yang kita lalui hari ini, jauh lebih baik dari hari2 yang kita telah lalui sebelumnya.


N3 hari ini berkisar tentang bengkel polymer clay yang telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk Zon 5.


Bengkel telah diadakan pada cuti persekolahan yang lepas di dewan MPP seksyen 16, Shah Alam. SLC Craft House telah dijemput untuk memberikan latihan kraf buat anak2 di zon berkenaan. Seramai kira2 60 orang pelajar menyertai bengkel tersebut.


Majlis dirasmikan oleh YB Dr. Yaakub Sapari, ADUN Kota Anggerik dan dihadiri oleh ahli majlis zon berkenaan, Yang berbahagia Dr. Daroyah serta ahli jawatan kuasa pihak penganjur yang lain.  Majlis dimulakan jam 230 dan selesai kira2 jam 630 petang.


Jutaan terima kasih diucapkan buat semua yang turut sama menjayakan bengkel berkenaan. Harapan kami, bengkel tersebut dapat memberikan sedikit ilmu kraftangan buat anak2 yang menyertai bengkel tersebut. Sekiranya ada salah dan silap, kami mohon jutaan kemaafan.









Tuesday, April 5, 2011

Promosi Kraftangan: SLC Craft House di JUSCO Cheras Selatan


Assalamu`alaikum warahmatullah...


Apakhabar semua? Saya do`akan agar kita semua sentiasa bahagia di samping keluarga tercinta...Namun begitu, walau sesibuk mana pun kita, sama2lah kita panjatkan do`a ke hadrat Allah Rabbul Jalil agar kita sentiasa ditetapkan hati dia atas jalan IMAN dan TAQWA.


Untuk N3 hari ini, saya just nak war-warkan  yang SLC CRAFT HOUSE akan berada di JUSCO Cheras Selatan bermula dari 5 Mac hingga 17 Mac yang akan datang. Bagi peminat2 faux cake dan seni kraf yang lain, bolehlah datang berkunjung ke ruang legar JUSCO Cheras Selatan. Ada kira2 16 gerai semuanya yang  mempromosikan barangan kraf dalam bidang kemahiran masing2.Promosi Kraf malaysia ini adalah di bawah anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.


SLC CRAFT HOUSE juga turut mengadakan kelas faux cake, sepanjang tempoh promosi tersebut. Sebarang tempahan starterkit, kelas dan seumpamanya, bolehlah terus menghubungi saya di 019-3106825.
Sampai di sini dahulu; insyaallah kita bertemu lagi di lain N3. ASKM......