Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Friday, May 27, 2011

Promosi Kerja Kahwin 2011

Assalamu`alaikum warahmatullah...


Dido`akan agar semuanya sentiasa di dalam sihat sejahtera selalu hendaknya, di samping keluarga tersayang.
N3 hari ini just nak war-warkan tentang Promosi Kerja Kahwin 2011. Promosi Kerja Kahwin ini akan berlangsung di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur dari 26hb. Mei- 6hb. Jun, 2011.


SLC Craft House akan berkampung di sana sepanjang tempoh tersebut.Sekiranya anda berkelapangan, bolehlah berkunjung ke Kompleks Kraf Jalan Conlay untuk sama-sama memeriahkan promosi ini. Kami akan berada di Booth  TS02, Aras Bawah, Anjung Seri dan Anjung Cipta. Kelas Faux Cake juga akan dijalankan  terus dari tapak promosi. Sesiapa yang berminat, bolehlah membuat tempahan tarikh dan waktu. 


Berikut adalah maklumat lanjut tentang Promosi Kerja Kahwin 2011 yang saya petik dari laman utama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia:



Jumpa di sana!!!

Monday, May 16, 2011

Faux Cake: Hadiah Hari Guru


Assalamu`alaikum warahmatullah...

Untuk N3 hari ini, just nak share beberapa gambar faux cake yang 'ditempah' oleh anak-anak untuk diberikan buat guru masing-masing.Buat guru-guru semua, Terima kasih yang tidak terhingga kerana mendidik anak-anak bangsa dengan penuh cemerlang!

Jom layan....

'Slice cake' ni adalah untuk guru-guru
 SAMTTAJ; Request dari anakanda yang 
 telah pun tamat persekolahan (lepasan SPM) 
  
  Ini pula adalah 'slice cake' yang 
'ditempah' oleh  anakanda yang kedua; Hadiah ini  
 dibuat untuk guru Bahasa Inggerisnya...Pn. Yogeswary

Cupcakes ini pula 'ditempah' oleh 
anakanda yang ketiga dan keempat.... 

'SELAMAT BERCUTI'. Insyaallah bertemu kembali di lain N3! ASKM.....

Sunday, May 15, 2011

Kelas Faux Cake ( 8 dan 14 Mei, 2011)

Assalamu`alaikum warahmatullah...


Buat semua para pendidik bangsa..."SELAMAT HARI GURU". Semoga para pendidik semua dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh keikhlasan, kesungguhan dan penuh rasa tanggungjawab. 


Untuk N3 hari ini, saya just nak uploadkan sebahagian dari gambar-gambar yang sempat saya rakamkan untuk kelas2 faux cake yang telah berlangsung pada 8 dan 14 Mei yang lalu.


Shikin dan Rafidah dari Cheras memilih Pakej E dan F sebagai tugasan masing-masing.
Jom sama2 kita lihat faux cake yang telah dihasilkan.....

Shikin
 Shikin sedang sibuk menyediakan 'cake base'

'Decorative piping' sedang disiapkan..

Faux cake hasil keativiti Shikin. 
Kek ni dibuat khusus untuk
 dihadiahkan buat ibu tercinta

 Rafidah

Tekun membuat 'ukuran' bagi memastikan
'scallop' kek mempunyai saiz
yang sama


Inilah faux cake hasil kerjatangan Fidah.


Buat Shikin dan Fidah, terima kasih banyak-banyak kerana sudi memilih SLC Craft House untuk mempelajari kaedah menghasilkan faux cake. Akak mohon jutaan kemaafan seandainya ada salah dan silap akak sepanjang kelas berlangsung. Akak do`akan adik-adik berdua beroleh kejayaan di dalam hidup masing-masing baik di dunia mahupun akhirat.Ameen!

Cukup sampai di sini dulu buat kali ini.Insyaallah bertemu kembali di lain N3. ASKM....




Tuesday, May 10, 2011

Faux Cake: Tempahan Pelanggan

Assalamu`alaikum warahmatullah....


Semoga kita semua sentiasa di dalam sihat dan sejahtera selalu hendaknya.Buat semua ibu2 di luar sana, "SELAMAT HARI IBU" dan sama2 lah kita panjatkan do`a agar kita dikurniakan ALlah kesabaran yang tidak terhinggan di dalam menjalankan amanah sebagai seorang IBU...Untuk N3 hari ini just nak uploadkan gambar faux cake yang telah ditempah oleh seorang pelanggan dari Melaka.Bunga2 pada faux cake tersebut semuanya saya hasilkan dari polymer clay.


Buat Wid berikut adalah gambar faux cake yang akak telah siapkan; cuma terbuat saiz yang besar sedikit dari yang kita persetujui sebelum ini. Akak mohon maaf banyak2 ye?Lepas tengok gambar2 ni nanti, Wid confirm dengan akak semula ye, supaya  akak boleh prepare pula untuk proses pengeposan.




Sampai di sini dahulu buat kali ini. Insyaallah kita bersua kembali di lain N3. ASKM.....

Tuesday, May 3, 2011

Faux Cake: Tempahan Pelanggan

 
Assalamu`alaikum warahmatullah...

Di kesempatan yang ada ini, marilah kita sama2 merenung dan memuhasabah diri kita, agar hidup kita hari ini dan hari2 mendatang sentiasa lebih baik dari hari2 yang sebelumnya.

Dah agak lama juga saya tidak berkesempatan untuk memasukkan N3 tentang tempahan2 pelanggan. Untuk N3 hari ini saya upload kan sebahagian gambar2 faux cake yang telah ditempah oleh Ina dari Johor.


 Full round cake dengan bunga2 
'polymer clay' sebagai hiasan

 Cupcakes pelbagai saiz...

  Slice cake yang belum siap sepenuhnya
...

Buat Ina, akak mohon jutaan kemaafan di atas kelewatan menyiapkan tempahan. Akak harap Ina berpuas hati dengan hasil kerjatangan akak yang tidak seberapa ini. Kalau ade yang terkurang/terlebih juga salah dan silap akak, jutaan kemaafan akak pohonkan. Terima kasih di atas kesudian Ina untuk berurusniaga di SLC Craft House (Soffeas Lil Cottage). Ok lah. Rasanya cukup sampai di sini dahulu buat kali ini. Insyaallah kita berjumpa lagi di lain N3. ASKM!