Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Sunday, July 24, 2011

Painting on pebbles

Assalamu`alaikum warahmatullah...


Selamat Berhujung Minggu! Semoga hari cuti sebegini memberikan kesempatan buat kita semua mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama ahli keluarga tercinta....


Untuk N3 hari ini, saya cuma nak berkongsi sedikit tentang projek kraf saya yang terkini...'painting on pebbles'. Kira-kira lima tahun yang lalu, oleh kerana terlalu kagum dengan hasil seni yang dilukiskan di atas batu-batuan kecil ini, saya telah membeli sebuah buku yang memuatkan contoh-contoh hasil seni 'painting on pebbles' yang dihasilkan oleh 'creative hands' dari luar negara. 


Walau bagaimanapun, baru kini saya berkesempatan untuk mencuba dan menghasilkan sendiri hasil seni ini.
Berikut saya uploadkan beberapa hasil lukisan yang telah saya lakarkan di atas batu .. 








Ok...Jumpa lagi!ASKM......

Friday, July 22, 2011

Faux Cake: Tempahan Pelanggan


Assalamu`alaikum warahmatullah...


Tidak lama lagi semua umat Islam akan menyambut ketibaan bulan RAMADHAN Al- Mubarak! Marilah kita sama-sama menyediakan diri (jasmani dan rohani) kita sebaik yang mungkin bagi meraikan ketibaan bulan RAMADHAN yang mulia dan penuh dengan limpahan rahmat dan nikmat dari ALlah SWT...


Untuk N3 hari ini, saya uploadkan beberapa keping gambar kek yang sempat dirakamkan baru-baru ini. 








Sekian dulu. Insyaallah bertemu lagi di lain waktu. ASKM...!


Tuesday, July 19, 2011

Bengkel Interaktif Teknik Clay di Floria 2011, Putrajaya

Assalamu`alaikum warahmatullah...
Alhamdulillah...bersua kembali. Semoga hidup kita hari ini jauh-jauh lebih baik dari hari kelmarin.


Untuk N3 hari ini just nak berkongsi cerita tentang Bengkel Interaktif Teknik Clay, yang telah diadakan di Floria 2011 di Putrajaya, baru-baru ini. SLC Craft House telah dijemput untuk menjadi fasilitator bagi menjayakan bengkel interaktif yang telah berlangsung dari 9 Julai hingga 11 julai yang lalu.


Bengkel disertai oleh semua anak-anak/pelajar-pelajar sekolah yang datang berkunjung ke Floria 2011. Seramai kira-kira dua ratus pelajar telah menyertai bengkel interaktif ini. Program ini adalah sebahagian dari aktiviti Laman Seni, Putrajaya bersempena dengan sambutan FLORIA 2011. Kepada pihak penganjur dari Perbadanan Putrajaya, jutaan ucapan terima kasih kami hulurkan di atas kesudian menjemput kami sebagai fasilitator untuk bengkel tersebut...













Oklah..cukup sampai di sini dahulu buat kali ini. Insyaallah kita bertemu kembali di lain paparan.ASKM!

Monday, July 18, 2011

Kelas Faux Cake (sepanjang bulan Jun dan Julai, 2011)

Assalamu`alaikum warahmatullah....
Apakhabar agaknya sahabat2 semua? Saya do`akan anda dan juga saya sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh ALLAH Rabbul Jalil. Marilah kita sama-sama memanfaatkan detik-detik kehidupan yang masih bersisa ini dengan sebaik-baiknya agar hidup kita sentiasa dipenuhi dengan perkara2 amal ma`aruf nahi mungkar!


Rasanya dah agak lama saya tidak berkesempatan mengemas kini blog. Selain kesuntukan masa, kecederaan yang saya alami baru2 ini akibat kemalangan kecil di rumah yang berpunca dari botol air mineral, telah menyebabkan saya tidak dapat secara efektif menyiapkan tempahan2 yang ada tepat pada masanya. Kepada semua yang telah menempah, saya mohon jutaan kemaafan di atas kelewatan dan terima kasih kerana anda sabar menunggu...



Untuk N3 hari ini, saya nak share sedikit tentang kelas-kelas faux cake yang telah dijalankan di sepanjang bulan Jun dan Julai yang lalu...











Oklah, rasanya cukup sampai di sini dahulu buat kali ini. Insyaallah bertemu kembali di lain N3! ASKM...