Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Thursday, December 6, 2012

Faux Fondant Patisseries

Salam Ukhuwwah...

Semoga detik-detik kehidupan yang kita lalui hari ini lebih mendekatkan diri kita dengan ALlah yang Maha Agung berbanding detik-detik yang telah kita tinggalkan semalam...

Untuk N3 hari ini, saya hanya nak uploadkan beberapa foto Faux Fondant Patisseries yang telah saya hasilkan baru-baru ini.

Jika anda berminat untuk menempah, sila sms saya untuk harga. Terima kasih. 


 FF Fancy Cookies (Gown)



FF Teeny Weeny Cupcake

Sekian dulu buat kali ini. Insyaallah, bertemu kembali di dalam N3 yang akan datang!


Thursday, November 29, 2012

My New Creation: Faux Fondant Project

Salam Ukhuwwah buat semua...

Saya do`akan sahabat-sahabat semua walau di mana jua berada, sentiasa berada didalam sihat sejahtera dan bahagia bersama keluarga yang tercinta.

Memang dah agak lama saya tidak berkesempatan untuk megemaskini blog SLC yang tidak seberapanya ini.
Alhamdulillah dengan izin ALlah, dapat juga saya menulis di sini pada malam ini. Untuk N3 kali ini, saya ingin berkongsi beberapa projek FAUX FONDANT yang telah saya hasilkan baru-baru ini.

Kesemua projek ini dibuat menggunakan FAUX FONDANT yang telah saya hasilkan sendiri. Selepas kira-kira dua hingga tiga bulan menjalankan sedikit kajian melalui pembacaan, `web browsing' dan eksperimen `TRY n ERROR' dengan bahan-bahan yang berbeza, maka dengan ilham yang diberikan oleh ALlah yang Maha Agung lagi Maha Tinggi IlmuNya, maka terhasillah faux fondant dan idea-idea kraf seperti yang di bawah ini:


 Ini adalah di antara  'simple flower bouquet'
 yang sempat saya hasilkan

 'Cameos'

 Figurine ini adalah untuk
 projek dengan kanak-kanak

 Figurine ini boleh diletakkan pada frame 
atau aktiviti kraf lain bersama kanak-kanak 



 Faux buttons 


 Faux Fondant roses

 Faux Fondant flowers (tanpa warna)

Sekian dulu buat kali ini. Insyaallah kita bertemu di lain N3! Assalamu`alaikum warahmatullah...

Sunday, October 7, 2012

Kelas Faux Cake (6,/10 dan 7/10/2012)


Assalamu`alaikum warahmatullah...

Dido`akan semoga detik2 masa yang kita lalui pada hari ini, jauh lebih baik dari yang telah kita tinggalkan kelmarin...

Untuk N3 hari ini, just nak uploadkan gambar2 semasa kelas yang telah berlangsung pada hari Sabtu (6/10 dan Ahad (7/10/2012) yang lalu. Kaseh dari Muar, Johor memilih Pakej G; manakala Shasha dari Raub, Pahang memilih Pakej 'Full Cake' dan 'Chocolates' sebagai tugasan.

Kaseh dan Shasha ni memang dah biasa menghasilkan 'Edible Cakes' yang berbagai jenis dan 'design'. Semua hasil kerjatangan mereka cantik-cantik belaka.Akak yakin adik berdua akan dapat mengaplikasikan ilmu yang ada di dalam menghasilkan faux cake yang cantik. 

Buat Kaseh dan Shasha, terima kasih banyak2 di atas kesudian menghadiri kelas faux cake bersama akak di Soffeas Lil Cottage. Semoga berjaya menghasilkan faux cake yang berbagai 'design' selepas ini...

Berikut adalah hasil kreativiti dari:
Kaseh



Shasha


Shasha dan adiknya Khalida



Sekian dulu. Insyaallah bertenu kembali di lain N3.

**Anda boleh lawati facebook Shasha: 'Chaca Cake'
    Anda boleh kunjungi Bakeri Kaseh di Muar

Saturday, September 29, 2012

Do It Yourself- Glass Cloche

Salam ukhuwwah buat semua...

Saya do`akan kita semua sentiasa diberikan ALlah kesihatan yang baik dan bahagia selalu di samping insan-insan yang kita kasihi.

Untuk N3 yang akan datang, saya akan tunjukkan cara-cara untuk menghasilkan 'GLASS CLOCHE' dari bahan-bahan yang ada di sekeliling kita..Jadi TUNGGU!!!.

Berikut adalah contoh-contoh 'GLASS CLOCHE' dari beberapa website di luar sana ...





Sekian dulu. Insyaallah, kita bertemu kembali.....WASSALAM!

Wednesday, September 5, 2012

Colourful Play Doh- DIY



Salam Aidil Fitri buat semua muslimin dan muslimat......
Semoga anda semua sentiasa bahagia dan ceria di samping keluarga tercinta. Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini memohon kemaafan seandainya ada salah dan silap saya selama saya mengendalikan kelas faux cake dan blog saya ini.

Rasanya dah terlalu lama saya tidak berkesempatan mengemaskini blog. Untuk N3 hari ini, saya nak berkongsi resepi membuat 'play doh' dari bahan-bahan yang sedia ada di dapur. 
Colorful play dough in jars
Bahan-bahan:
* Garam
*Air
*Tepung
*Pewarna makanan
*Botol diguna semula (botol jem, botol makanan bayi)
*Cat
*Label

Kaedah

1. Campurkan satu cawan garam dan satu cawan air dengan dua
 cawan tepung. Uli.Tambahkan tepung lagi sehingga mencapai konsistensi yang dikehendaki
2. Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bahagian yang sama banyak (mengikut bilangan
warna yang kita kehendaki.
3. Tambahkan pewarna kepada tiap bahagian tadi. Uli hingga sekata.
4.Catkan penutup botol mengikut warna doh tadi.
5. Lekatkan label yang sepadan dengan warna doh dan penutup botol.

**Play doh yang telah siap boleh tahan beberapa minggu disimpan di dalam peti sejuk
Artikel ini saya petik dari: http://www.countrywomanmagazine.com/project/homemade-play-dough/

Sekian dulu. Jumpa lagi di lain N3! ASSALAMU`ALAIKUM....






Saturday, July 14, 2012

SLC Craft House di Majalah IKS RTM1

Salam Ambang Ramadhan buat semua...




Saksikan rakaman Soffeas Lil Cottage (SLC Craft House) 
bersiaran di TV1 di dalam Rancangan  Majalah IKS, bertarikh 30hb. Jun. 2012.

Untuk tonton, sila klik link di bawah:

Majalah IKS RTM1

1.website rasmi rtm
2. Click pada MyKlik (video on demand)
3. Click pada 'selected favourite programme on demand'
4. Click 'Dokumentari/Majalah
5. Click pada no.17 IKS
6. Click 'Menu' pada skrin video
7. Select' IKS 30 Jun 2012.

Sekian dulu.Selamat Menonton!

Kek Bertingkat

Assalamu`alaikum warahmatullah....


Untuk N3 kali ini, saya nak berkongsi gambar2 kek juga coklat yang telah saya sempat hasilkan baru-baru ini. Walau bagaimanapun, kek juga coklat yang saya hasilkan kali ini bukanlah pastri dan konfeksi yang cantik dipandang tapi tidak boleh dimakan..sebaliknya ia adalah kek dan coklat yang cantik di mata dan lazat untuk dinikmati...


Dah beberapa tahun saya membuat kek hiasan tapi inilah buat pertama kalinya saya mencuba menghasilkan kek dan konfeksi yang sebenar...Jom kita lihat hasil kerjatangan saya yang tidak seberapanya ini...


 Kek dengan roses yang ditaburi serbuk prada


 Inilah rupa kek yang tinggal selepas dinikmati oleh
keempat2 putera bujang saya





Ini pula adalah coklat 
hasil percubaan saya yang pertama juga

Jumpa lagi! SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...

Faux Cake: Tempahan Pelanggan

Salam pagi Sabtu...

Semoga hidup kita ini sentiasa di atas landasan kebenaran IMAN dan ISLAM.

Berikut adalah tempahan dari Hasliza. Terima kasih banyak-banyak Liza kerana berminat dengan hasil kerjatangan akak yang tidak seberapa ini. Jutaan kemaafan akak hulurkan seandainya ada apa jua kekurangan samada dari segi produk mahupun perkhidmatan sepanjang kita berurusniaga.

Di kesempatan ini, akak 'uploadkan' gambar produk yang Liza tempah sebagaimana yang akak janjikan...
Akak harap Liza berpuas hati.



Sekian dulu buat kali ini. Insyaallah, bertemu kembali di lain N3!





Bengkel Fridge Magnet dan Hiasan Dapur (Faux Cake)

Salam Ukhuwwah buat semua....


Dah agak lama juga saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog. Apakhabar semua? Saya do`akan sahabat2 yang di luar sana tu sentiasa ceria dan bahagia selalu di samping keluarga tercinta.


Untuk N2 hari ini, saya nak kongsikan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan semasa  Program Imarah Rumah Nur, Selangor yang telah berlangsung Selasa yang lepas. Program ini adalah anjuran Jabatan Pembangunan Wanita, Negeri Selangor.


Seramai 31 orang peserta telah mengikuti bengkel ini. Mereka terdiri dari suri rumah, wakil-wakil dari beberapa Jabatan kerajaan dan persatuan wanita di Negeri Selangor. Bengkel bermula kira-kira jam 930 pagi dan berakhir sekitar jam 330 petang.


Terima kasih kepada semua pegawai JPW yang telah sudi menjemput kami sebagai tenaga pengajar untuk program ini juga semua kakitangan JPW di atas kerjasama yang diberikan sepanjang pogram berlangsung. Semoga ALlah memberkati usaha anda semua.....










Majlis penyampaian sijil dan penutup

Berikut adalah sebahagian dari hasil kerja tangan peserta bengkel:







Sekian dulu. Wassalam.....







Wednesday, May 30, 2012

Kelas Faux Cake (12/5 dan 26/5/2012)


Assalamu`alaikum warahmatullah...

Dido`akan semoga detik2 masa yang kita lalui pada hari ini, jauh lebih baik dari yang telah kita tinggalkan kelmarin...

Untuk N3 hari ini, just nak uploadkan gambar2 semasa kelas yang telah berlangsung pada hari Sabtu (12/5 dan 26/5/2012) yang lalu. Azlin dari Petaling Jaya memilih Pakej D; manakala Adila dari Alor Setar memilih Pakej G dan macaron sebagai tugasan.

Buat Lin dan Adila, terima kasih banyak2 di atas kesudian menghadiri kelas faux cake bersama akak di Soffeas Lil Cottage. Semoga berjaya menghasilkan faux cake yang berbagai design selepas ini...

 Ini adalah hasil kreativiti Lin...
  Cupcake juga bertemakan warna merah jambu
  
Lin dengan hasil seni tangannya...

Berukut pula adalah faux pastries hasil seni tangan Adila dari Alor Setar...

 Faux pastries hasil kreativiti Adila

 Tekun menyiapkan faux macaron

 Macaron yang telah dihasilkan oleh Adila

Sekian dulu. Insyaallah bertemu lagi di lain N3! ASSALAMU`ALAIKUM.....