Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Monday, February 27, 2012

Kelas Faux Cake: Tetamu dari Seberang Tambak Johor

Salam Sejahtera buat semua...
Saya do`akan agar anda dan juga saya, serta keluarga kita yang tercinta sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik dan istiqamah di jalan IMAN dan TAQWA...


Berikut saya uploadkan gambar-gambar yang sempat saya rakamkan di sepanjang kelas faux cake pada hari Jumaat yang lepas. Kak Sumarni dan kak Sabariah dari seberang tambak Johor, memilih Pakej G beserta lolipop dan macaron sebagai tugasan. Kelas bermula pada jam 1 tengahari dan selesai kira-kira jam 5 petang.


Kak Su dan Kak Sabariah begitu ceria
bersama 'faux patisseries' hasil kreativiti mereka...

 Bergambar kenang-kenangan bersama
 Kak Su dan Kak Sabariah...

   
 Asyiknya Kak Sabariah mewarnakan
'Full Round cake'...



 Dah agak penat duduk, kita
 berdiri pula ye Kak Su! 

 Kak Su begitu tekun 'membentukkan' macaron...

 Begitu juga dengan Kak Sabariah...



 Faux patisseries hasil kerjatangan Kak Sabariah
yang baru pertama kali membuat kek hiasan

 Faux patisseries hasil kerjatangan Kak Sumarni
yang memang dah biasa membuat 'real cake'

 Tema ungu menjadi pilihan Kak Su dan 
Kak Sabariah untuk 'Full Round cake'


Buat Kak Su dan Kak Sabariah, jutaan terima kasih kerana sudi mengikuti KELAS FAUX CAKE bersama saya di SLC Craft House. Saya kagum dengan semangat dan minat yang kakak berdua tunjukkan. Di kesempatan ini, saya mohon jutaan kemaafan seandainya ada salah dan silap saya di sepanjang kelas berlangsung. Di masa-masa yang akan datang, jika akak ada sebarang kemusykilan, akak boleh terus menghubungi saya...Insyaallah, saya akan cuba membantu sebaik yang mungkin.


Sekian dulu untuk kali ini. Insyaallah kita bersua lagi di lain N3! Assalamu`alaikum.....

No comments:

Post a Comment