Saya do`akan agar anda dan juga saya, serta keluarga kita yang tercinta sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik dan istiqamah di jalan IMAN dan TAQWA...
Berikut saya uploadkan gambar-gambar yang sempat saya rakamkan di sepanjang kelas faux cake pada hari Jumaat yang lepas. Kak Sumarni dan kak Sabariah dari seberang tambak Johor, memilih Pakej G beserta lolipop dan macaron sebagai tugasan. Kelas bermula pada jam 1 tengahari dan selesai kira-kira jam 5 petang.
Buat Kak Su dan Kak Sabariah, jutaan terima kasih kerana sudi mengikuti KELAS FAUX CAKE bersama saya di SLC Craft House. Saya kagum dengan semangat dan minat yang kakak berdua tunjukkan. Di kesempatan ini, saya mohon jutaan kemaafan seandainya ada salah dan silap saya di sepanjang kelas berlangsung. Di masa-masa yang akan datang, jika akak ada sebarang kemusykilan, akak boleh terus menghubungi saya...Insyaallah, saya akan cuba membantu sebaik yang mungkin.
Sekian dulu untuk kali ini. Insyaallah kita bersua lagi di lain N3! Assalamu`alaikum.....
















0 comments:
Post a Comment