Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Tuesday, March 20, 2012

Hari Kraf Kebangsaan 2012 (Persiapan terakhir untuk HKK, 20/03/2012)

Salam sejahtera buat semua..Semoga sentiasa di dalam pemeliharaan ALlah selalu hendaknya.


Untuk N3 hari ini, saya just nak share sebahagian dari gambar2 yang sempat diambil sepanjang persediaan ke 'event' HARI KRAF KEBANGSAAN 2012, (HKK 2012) yang akan bermula esok (21/03/2012).


Buat sementara waktu, kami tidak mengambil sebarang 'custom-made' faux pastries. Walau bagaimanapun, sekiranya anda berminat dengan hasil kerjatangan kami, sudi-sudilah singgah ke booth SLC Craft House di PS26, Khemah B...bersebelahan dengan surau/kafetaria Kompleks Kraf.

 
 

 

 

Sekian dulu untuk malam ini. Insyaallah bertemu kembali di lain paparan.....ASKM!


Sunday, March 18, 2012

Assalamu`alaikum warahmatullah....


Dido`akan semoga detik2 masa yang kita lalui pada hari ini, jauh lebih baik dari yang telah kita tinggalkan kelmarin..



Untuk N3 hari ini, just nak uploadkan gambar2 kelas faux cake yang telah berlangsung pada hari Rabu yang lepas. Sarinah dan Liza dari Bentong, Pahang memilih Pakej G sebagai tugasan.

  Full round faux cake dengan
warna2 pastel yang begitu menenangkan...

Sarinah dan Liza dengan 
hasil kreativiti masing-masing


  Proses menyiapkan bes faux cake

 Tekun betul menyusun bahan2 untuk 
hiasan atas faux cake
 
Liza sedang tekun  menyiapkan faux slice cake



Di kesempatan ini, akak mohon jutaan kemaafan seandainya ada salah dan silap akak di sepanjang kelas berlangsung. Di masa-masa yang akan datang, jika Sarinah dan Liza ada sebarang kemusykilan, jangan segan2 untuk menghubungi akak. Insyaallah, akak akan cuba membantu sebaik yang mungkin.


Sekian dulu untuk kali ini. Insyaallah kita bersua lagi di lain N3! Assalamu`alaikum...... 

Sunday, March 11, 2012

HARI KRAF KEBANGSAAN, 2012

Salam ukhuwwah buat semua....

Semoga sentiasa ceria dan bahagia di samping keluarga tercinta.


Buat pengetahuan semua SOFFEAS LIL COTTAGE (SLC Craft House) akan berkampung di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur bermula pada 21 Mac hingga 2 April, 2012 yang akan datang.Oleh yang demikian, kami tidak mengambil sebarang tempahan faux cake buat sementara waktu, sebagai persediaan ke HARI KRAF KEBANGSAAN 2012. Kami akan berada di :


LOT PS26 / KHEMAH B (Bahagian Seramik)
**Kelas faux cake juga akan diadakan di sana
Jika berminat, anda boleh sms ke 0193106825


Jom! Kita sama-sama mengunjungi tapak promosi HARI KRAF KEBANGSAAN 2012...Ratusan booth produk kraf yang dapat anda kunjungi di sana. 


Friday, March 2, 2012

Faux Ice-Cream and Faux Slice Cake

Salam Ukhuwwah buat semua. Semoga sihat selalu di samping keluarga tercinta....
Untuk N3 hari ini cuma nak berkongsi hasil faux confectionnaries yang terbaru...FAUX ICE-CREAM!
Produk ni dah pernah saya hasilkan beberapa tahun yang lalu (testing je masa tu..) tetapi disebabkan hasilnya dulu tidak begitu 'menjadi', saya tidak mengambil sebarang tempahan untuk faux ice-cream berkenaan.


Walau bagaimanapun, setelah beberapa lama 'try and error' beberapa formulasi yang berbeza untuk 'base' ais- krim ni, baru kini saya dapat berpuas hati dengan 'outcome end product' nya. Jom sama-sama kita lihat hasilnya.... beserta dengan beberapa faux slice cake yang telah dihasilkan baru-baru ini.
 
 








Sekian dulu.Insyaallah bertemu kembali di lain paparan!ASKM.......