Hi! My name is Shida. I love to decorate using soft pastel hues. I adore the English home decoration style very much especially the shabby chic and country cottage. It gives me the feeling of comfort and relax. Although, the transformation to this style of home decor is quite costly, you can implement the Do It Yourself concept by refurnishing, repainting, decoupaging, crafting or tranforming any thrash items into a valuable and artistic pieces.



Followers

To All My Followers....

Thank You Very Much For Your Support.
MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU....

KELAS KEK HIASAN (FAUX CAKE)

KELAS FAUX CAKE TERKINI

PAKEJ A: 2 Sponge Slice Cake+2CupCake (RM78)

PAKEJ B: 1 Hard SliceCake +3 CupCake (RM78)
PAKEJ C: 1 Full Cake, 6 inch. (RM75)

PAKEJ D: 1 Full Cake 6inch+2CupCake (RM90)

PAKEJ E: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake (RM120)

PAKEJ F: 1 FullCake+2 SliceCake+2CupCake +6 pcs Chocolates (RM150)

PAKEJ G: 1 FullCake+1SliceCake+2CupCake,
+1IceCream+6pcs Choc+3Cookies (RM200)


PAKEJ H:
1 Slice Cake+1Cup Cake (RM65)

PAKEJ I : 3Cup Cake (RM60)

PAKEJ K : Kelas Kanak-kanak 7-12thn setiap Sabtu 3-5 ptg (Min 4 pelajar) (RM50)

Special Offer : Mei 2012- Macaron Class (RM60)


**Other Package, ONLY ON REQUEST if available

Salam `alaik...

Berikut adalah Pakej-pakej Kelas Faux Cake terkini yang ditawarkan di SLC Craft House. Sekiranya anda berminat,
sila hubungi kami di 019-3106825 atau emelkan ke soffeascrafthouse@gmail.com.
KELAS FAUX CAKE


* Kelas hanya akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
*Kelas dibuat melalui TEMUJANJI sahaja; sekurang-kurangnya TIGA hari sebelum kelas.
*Deposit RM50 perlu di 'bank In' terlebih dahulu, bagi Pakej RM100 dan ke atas


*Anda akan diajar langkah demi langkah beserta tips untuk menghasilkan FAUX CAKE yang cantik dan tidak merekah.

*Anda juga akan diajar kaedah/ ratio yang betul membuat campuran pop dan air
*Nota bercetak kaedah membuat FAUX CAKE disertakan sekali.
*Semua bahan disediakan.
*Berbagai pilihan akessori untuk hiasan kek ditawarkan.
*Hasil kerja, boleh dibawa pulang .

Monday, April 30, 2012

Faux Cake Gift Box

Salam pagi Isnin buat semua sahabat-sahabat bloggers....
Semoga kehidupan kita pada hari ini, lebih ceria dan diberkati dari hari semalam.


Untuk hari ini, saya akan uploadkan gambar2 faux cake GIFT BOX yang ditempah oleh Azlin dari Kuala Lumpur. Ini merupakan tempahan kedua dari Azlin. Buat Lynn, jutaan terima kasih di atas tempahan2 yang diberikan.... 





 Bahagian dalam kotak dilapik dengan
kain felt yang disempadani oleh manik2 halus

 Bahagian bawah dan dalam pentup kotak tu juga
dilapikkan dengan kain felt berwarna pink

Bahagian tas penutup kotak diserikan
dengan bunga-bunga, manik dan glitters.

Sekian dulu buat kali ini. Insyaallah, bertemu kembali di lain N3. Assalamu`alaikum...


Friday, April 27, 2012

Shooting untuk Rancangan IKS di TV1, RTM

Assalamu`alaikum warahmatullah...
Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi kasih sayang dari ALlah dan insan-insan yang tersayang...


Untuk N3 hari ini, cuma ingin berkongsi beberapa keping gambar yang sempat diabadikan semasa sessi penggambaran berlangsung, rabu yang lepas.


Penggambaran bermula kira-kira jam 11.30 pagi dan selesai dengan sessi wawancara pada jam 3 petang. Kepada Puan Aishah dan Encik Zainal , dari RTM (TV1) jutaan terima kasih saya ucapkan di atas kesudian menjemput kami untuk turut serta di dalam slot rancangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), di TV1, RTM yang bersiaran pada setiap Sabtu jam 11 pagi..







Di kesempatan ini, saya mohon kemaafan seandainya ada salah dan silap saya di sepanjang proses penggambaran berlangsung. Saya do`akan yang terbaik buat Puan Aishah dan Encik Zainal...Insyaallah kita berjumpa lagi di lain waktu. Salam `Alaik....

Monday, April 23, 2012

My Mini Slice cake

Salam Ukhuwwah buat semua...


Apakhabar? Saya do`akan agar hidup kita sentiasa sahaja dipayungi KASIH dan SAYANG dari yang Maha Pencipta.



Untuk N3 hari ini, saya sekadar ingin berkongsi gambar2 yang sempat saya abadikan untuk mini slice cake (faux) saya yang terbaru. Walau bagaimanapun, mini slice cake ini telah pun dijual semasa 'event' di Lebuh Seni, Sabtu yang lalu. Seandainya ada yang berminat, anda boleh membuat tempahan. Buat semua yang telah memberikan sokongan, jutaan terima kasih saya ucapkan..





Sekian dulu buat kali ini. Insyaallah. kita bersua kembali di lain N3. ASKM...


.

Monday, April 16, 2012

Faux cake: Tempahan pelanggan

Assalamu`alaikum warahmatullah.....


Semoga hari ini lebih ceria dan indah berbanding dari semalam. Do`a saya juga, agar iman dan taqwa kita sering meningkat seiring dengan bertambahnya usia kita...


Untuk N3 hari ini saya nak uploadkan beberapa gambar faux cake yang telah ditempah oleh seorang pelanggan saya dari Pahang. Buat A, akak harap adik berpuas hati...





Sekian dulu. Insyaallah bertemu lagi di lain paparan. Assalamu`alaikum....


Sunday, April 15, 2012

Kelas Faux Cake

Salam ukhuwwah buat semua pengunjung-pengunjung setia Soffea`s Lil' Cottage...
Semoga semuanya ceria dan bahagia selalu di samping keluarga tercinta.


Untuk N3 hari ini, hanya nak berkongsi tentang kelas-kelas Faux Cake yang telah berlangsung pada 7/4/2012 dan 14/4/2012 yang lalu.



Sue dari KL telah memilih Pakej G sebagai tugasan...



 faux cake hasil kreativiti Sue sendiri.

 membiasakan jari-jemari dengan teknik piping

 Tekun menyiapkan slice cake...

Berikut pula, Kak Faridah dari Semenyih...  

 tekun mempelajari teknik menghasilkan macaron

 Ini adalah macaron yang telah berjaya dihasilkan


Macaron yang telah siap dipekkan...

Yang ini pula, Puan Aslinda dari Cheras...

 Linda bersama faux cake yang telah dihasilkan

 faux slice cake...So SWEET 




Buat Sue, Kak Faridah dan Aslinda, jutaan terima kasih saya ucapkan kerana sudi menghadiri kelas faux pastries bersama saya di SOFFEAS LIL COTTAGE. Saya mohon kemaafan seandainya ada salah dan silap saya di sepanjang kelas berlangsung.Sekiranya ada sebarang kemusykilan, jangan segan-segan untuk menghubungi saya.

Sekian dulu untuk N3 hari ini. Insyaallah di lain kesempatan kita bertemu kembali. Assalamu`alaikum....

Monday, April 9, 2012

Faux Cake: Tempahan Pelanggan

Salam Ukhuwwah buat semua...


Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmah dan mawaddah ALLah selalu hendaknya.


Dah agak lama juga saya tidak mengemaskini blog. Alhamdulillah, hari ini ALlah berikan kesempatan dan kelapangan untuk saya menulis di laman saya yang tidak seberapa ini.


Untuk N3 hari ini just nak berkongsi gambar-gambar faux cake yang telah ditempah oleh pelanggan baru-baru ini. Jom........

Tempahan dari Azlin, Pantai Dalam

Ini adalah tempahan  
dari Kuala Lumpur. Faux cake 
'Black Forest' yang hampir sama yang pernah 
saya war-warkan tidak lama dulu telah pun dijual kepada 
 Yang Berbahagia Dato' Maznah Hamid, The Iron Lady of Malaysia....

 Tempahan dari Ina, Kuala Lumpur;
Seratus set cupcake magnet


Tempahan dari Hana, Negeri Sembilan;
dua puluh set cupcake magnet 

Buat semua, jutaan terima kasih di atas sokongan anda... Saya do`akan kebaikan buat anda sekeluarga.
Sekian dulu. Insyaallah bertemu kembali di lain N3! ASSALAMU'ALAIKUM....